Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Novel baru Ramlee Awang Murshid dah keluar..Harga dah naik..Before ni kan biasa novel RM19.90 je kan..Tapi skrg naik mencanak jadik RM25. Kalau ikutkan hati mmg nak pre-order jek..Siap dapat tandatangan Abg Ramlee skali kalo wat pre-order..Tapi bila pikir2x balik cam mahal sgt la pulak..Jadik RM32 skali penghantaran..

Takpelah...Kang ajak lah Pak Jeh pegi carik kat kedai buku..hoho..RAM Fans ckp bln 12 kuar..mmg patutnya dah ada lah kat kedai buku skrg..Tapi haitu tgk kat MPH kat alamanda belum ada lagi..Tak sabo nak dapatkan novel terbaru RAM..dah lama x feeling sesorg layan novel...hehehe

Kalau sape2x teringin nak order utk dapatkan tandatangan RAM, leh pegi ke website nih..
http://www.novelman.blogspot.hk/

Hari ni baru aku perasaan opiz aku dah tak block blink blogger.com ni..pasni, boleh la update2x sekiranya ada ilmu untuk dikongsikan..In Shaa Allah :-)

Ok, selamat menyambut tahun baru esok..Hari ni kitorg boleh balik kul 4..Yihaaa..Mood berjoget sedangkan keje x start tgk lagi nih...hohoho..

Ok, salam permisi..Assalamualaikum.

Semalam topik hotfm pasal macam mana nak tegur orang pasal kelakuan or bau badan ke mulut berbau ke.. hohoho..

Tetiba ada sorang mamat ni call. Dia cakap bini dia malas mandi. Mandi sekali je sehari. Pastu dia tegur bini dia x mau amik pusing. Last2x mamat tu ceraikan bini dia coz x tahan bau ketiak busuk malam2x nak tido. Macam klako tapi kisah benar. Huhu.

Ok, azam dalam diri sendiri, pas balik kerja WAJIB mandi. Haha..

P/s: ada jugak pemanggil laki ni dulu2x call hotfm. Putus tunang sebab xtahan asik kena cubit oleh tunang. Sakit katanya. Hihihi

posted from Bloggeroid

Ira dah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur setahun. Anaknya sangat comel, manja dan nakal. Gelagat anaknya sangat mencuit hati Ira dan suaminya. Mereka diibaratkan sebuah keluarga yang bahagia. Lagi-lagi dengan kehadiran anak tersebut sebagai penyeri rumahtangga mereka berdua.

Sehinggalah pada satu hari, Ira telah kelewatan period selama sebulan. Ira dah cuak kerana dia tidak bersedia menerima kedatangan ahli baru. Ini disebabkan anak pertama Ira baru berumur setahun. Doktor telah menasihati Ira supaya menjarakkan anak kedua nanti kerana anak pertama dilahirkan secara ceasarean. Ceaseran di sini bermaksud kelahiran secara pembedahan. Doktor menyarankan untuk menjarakkan kehamilan selama 2 ke 3 tahun.

Perasaan cuak Ira semakin bertambah apabila dia mendapati dirinya hamil 2 bln. Ira mengujinya sendiri menggunakan upt kit yang dibelinya di farmasi. 2 minggu sebelum itu, Ira telah menguji tetapi keputusan yang didapati ialah negatif tetapi kali ini ujian menunjukkan positif.

Ira lantas ke klinik bersebelahan pejabatnya keesokan harinya untuk mengesahkan kehamilan. Dengan penuh debarannya sambil melangkah ke bilik doktor. Apabila masuk je ke bilik doktor, doktor terus tersenyum mengatakan Ira hamil. Dalam hati Ira hepi+cuak+takut. Ira risau akan kesihatan dirinya. Risau rahim belum bersedia menampung baby.

Ira menceritakan berita tersebut kepada beberapa orang yang rapat dengannya. Ini jawapan-jawapan yang diterima oleh Ira:

Jawapan 1
Memang muka ko nampak macam pregnant pun. Ko kan takda keje lain. $%^&** je yang ko reti buat.

Jawapan 2
Ira, org2x macam kita ni(beranak czer) kalau pregnant sekarang bahaya untuk kesihatan. Saya memang berhati-hati takut lekat. Kena tunggu 2 ke 3 tahun baru sesuai.

Jawapan 3
Yeke? Alhamdulillah..syukur..bestnya dapat baby.. takpe, jangan risau lah..Allah dah tentukan dapat baby..hopefully Ira selamat..sukenya..

Jawapan 4
Alhamdulillah..kalau pompuan, aku cop baby ko jadi menantu aku. Hehe..

Jawapan 5
Ko pregnant lagi ke? Nape? Ko tak plan ke? Nape tak pakai protection? Bahayalah pregnant sekarang..

-------

Kalo la korang berada di tempat Ira, apakah perasaan korang? Sedih? Gembira? Takut?

Suami Ira berpesan "Jangan la risau sangat. Terima je lah rezeki Allah nak bagi. Kang kalau xnak terima kang Allah xnak bagi langsung dah pasni baru laaa. Saya bersedia terima. Saya akan sayang dia sama macam saya sayang anak pertama kita"

Akhirnya mungkin Allah pun tau Ira masih belum bersedia untuk menerima anak kedua, Dia decide untuk gugurkan kandungan tersebut..

(Tetiba teringat kisah Rasulullah saw yang menahan mukanya dari berkerut apabila memakan sebiji oren masam yang diberi oleh seorang perempuan semata-mata ingin menjaga hati perempuan tersebut)

P/s: sebenarnya watak Ira tersebut ialah aku
posted from Bloggeroid
Oh skrg tengah hot isu ptptn. Aku rasa semua alumni2x kalo sebut pasal ptptn mesti berbulu jek.. Tak kira la tengkuk ke, ketiak ke, kaki ke, dlm lubang idung ke..Terpulanglah kepada individu sekalian nak berbulu kat mana..

Student2x ipt berusaha wat mogok kat dataran merdeka minggu lepas secara besar-besaran. Motif? Sebab nak mintak kerajaan hapuskan ptptn dengan memberi pendidikan percuma! Maklum balas kerajaan? Pastilah selari dengan iklan rokok: KATAKAN TAK NAK!

Ok, masa memula dulu kerajaan putuskan nak ada 1 tabung khas pendidikan --> PTPTN, aku rasa mcm sume org setuju, bukan? Senanglah nanti anak2x muda nak sambung pelajaran ke ipt. Tak payah mak bapak pi gadai tanah semata2x anak nak masuk unibesiti.

Tetiba sekarang nak timbulkan isu pulakssssss. Kenapa sekarang? Kenapa dulu masa kerajaan umumkan nak wat tabung tu x plak bangkang sambil wat bengkang? Hohoho..

Pada pendapat aku lah kan, dah nama pun pinjaman, kena lah bayar. Even dalam perjanjian tu cakap kalo kata lah mati tapi x hbs bayar, hutang akan dikira lupus. So, ada org amik advantage dari situ. Xnak bayar. Bukan susahkan org pun bila mati nanti kan. Haha..org yg berpikiran mcm ni aku respek. Briliant! (Dalam inverted comma la..haiyoo)

Bistu sekarang ni ko sokong la cara PTPTN tu? Haaa...yang aku x sokong dan bengang part ni la.. Pinjam rm1o tapi kena bayar rm1o campo bunga 3%. Ini bukan cara islam. Ni riba! Tapi, niaga mesti mau untung maa..kalo dah pinjam rm1o bayo pun rm1o mana nak untung? Baik x payah wat tabung pelajaran. Wat rugi kerajaan je. Cit! Okkkkk...aku accept..bayo jelah bunga 3% tu..nak wat mcm mana..dah xda pilihan lain..Naseb baik kan kita ada kerajaan yang prihatin..Kalo x, kita x boleh masuk ipt. Negara x maju.. ;)

PTPTN ni sebenarnya untuk menolong rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kalo ko kaya raya, xpyh r sebuk nak meminjam kan..

Situasi 1
Azni dpt keputusan SPM 2oA. Azni nak sambung belajar. Disebabkan Azni mempunyai iq yang tinggi gaban, maka Azni nak pilih bidang kedoktoran. Azni org miskin. Mak dan ayah penoreh getah. Azni cuba untuk dapatkan biasiswa tetapi malangnya setelah beberapa tempat Azni mohon, semua ditolak kerana Ibu bapa Azni xda kabel power. Akhirnya, Azni redha masuk ipta dan meminjam ptptn.

Situasi 2
Mariam hanya mendapat 6c dalam spm. Mariam berminat untuk belajar lagi kerana Mariam x mo idup susah di kemudian hari. Mariam tahu dia tidak layak masuk ipta. Mariam memilih mana2x kolej yang mempunyai bidang yg dia minat. Mariam diterima masuk. Keluarga Mariam sederhana saja. Jadi, Mariam akhirnya meminjam ptptn utk membiayai pelajaran dan sara diri yang sebanyak rm4ok.

Situasi 3
Reza mempunyai diploma. Dia berhasrat ingin menyambung pelajarannya ke peringkat degree. Reza telah meminjam sebanyak rm26k melalui mara. Akan tetapi apabila masuk ipta, Reza telah memohon mara utk sambung pinjaman ke peringkat degree dan mara tidak meluluskan permintaan Reza. Reza akhirnya menandatanganj perjanjian pinjaman ptptn kerana terpaksa membeli buku dan membayar yuran dalam tempoh yang terdekat.

Situasi 4
Maria mempunyai keputusan spm yang agak cemerlang. Maria diterima masuk ipta dan membuat pinjaman ptptn. Akan tetapi, nasib Maria tidak begitu baik. Maria telah memilih bidang yang susah kerana pada mulanya Maria percaya dirinya mampu mendapat keputusan yang baik. Setelah 3x percubaan Maria untuk paper tersebut tidak berjaya, Maria telah ditendang dari unibesiti. Maria bingung memikirkan pinjaman yang akan naik bunga saban hari. Maria terpaksa melakukan 2 3 kerja untuk mendapatkan gaji yang tinggi spy boleh membayar balik pinjaman ptptn yang telah digunakan semasa di univesiti.

Dari situasi2x di atas, aku percaya Azni, Mariam, Reza dan Maria TERPAKSA meminjam dari ptptn kerana di Malaysia kita sedia maklum cukup susah nak dapatkan pinjaman dari mana2x institusi lain selain ptptn.

Pe2x pun rakyat harus bersyukur. Jangan lemak.
Kita negara aman.
Kalo x puas ati, jgn bising2x.
Diam2x suda.

Bak kata Dr M,

MELAYU MUDAH LUPA

p/s: sila jgn berpikiran tertutup dengan apa yg aku tulis ni. Ini adalah hujah keterbalikan. Maksud tersirat dari yang tersurat. Sekian

posted from Bloggeroid


Haini agak buhsan sebab xleh nak wat apa. Buddy aku dok edit2x data utk testing lagi. So, haini xda mende nak blajo. Aku dah xlarat nak baca dokumen dah. Mengantuk tahap gaban. Lgpun dah mmg aku jenih manusia xsuka membaca. Gile buhsan. Buku pelajaran haruslah baca tapi utk exam je la. Kuar je dewan terus delete. Haha..

Aku ingat lagi zaman aku darjah 1. Cikgu dok ajar huruf a for apple, b for ball, c for cat, lalala... Time tu aku ingat lagi, aku xnak blajar. Time cikgu ajar, aku akan pandang ke luar kelas. Cikgu memula xpasan. Bila dah lama2x baru dia pasan. Dia tanya aku, nape xmo blajo? Aku dgn slamber je ckp dah tau sebab dah penah blajo. Oh, sblm aku masuk darjah 1, aku dah mak aku anto blajo tadika. Dah terer dah abc tuh. Buhsan. Aku bkn jenih yg suka repeat mende yg sama. Xda buku pelajaran yg aku repeat baca. Sume sekali je baca. Masa bc tu terus aku wat point kat tepi or kat buku nota. Aku cuma akan baca point tu balik bila nak exam n kaki aku akan naik atas dinding sambil hafal point2x tersebut. Hahaha. Majalah aku leh repeat byk kali. Tapi, tu bila aku dok termenung dlm jamban je. Kikiki

Ok, berbalik tajuk asal. Aku ni suke melalut x tentu hala kan..haha..

Sunan musafir akan kuar x lama lagi!!!! Yeyeye...x sabo nak pi beli.. ni novel yang terakhir kisah laksamana sunan ni. Aku mmg kumpul r setiap novel abang ramlee. Novel dia bukan cintan cintun. Tu yg best tu. Novel dia novel triller. Best sgt. Plg best kisah sunan la. Sedey plak sebab ni novel yg terakhir..huhuhu..

X sabonyeeeee 27hb April ni..ada pameran buku antarabangsa. (credit to http://www.bandarseriputra.info)

Masa tu lah nanti abg ramlee turun melancarkan novel tersebut.

I love Sunan...

Wait for meeeeee!!!!

P/s: Pak Jeh mmg berbulu je kalo sebut pasal abg ramlee..haha..ai x pedulik..xkira pape terjadi..ai nak pi jumpe abg ramlee 27hb ni..yezza..

posted from Bloggeroid

Owh..last skali aku pi makan seafood kat flaming sunway, subang masa aku bujang trang tang2x dulu. Gila dah lama..haha..Memang banyak choice tapi kurang selesa and kelam kabut kalo ramai sangat orang. Kalau x ramai tu mungkin best r kot. Tapi kita dah bayar mahal mesti lah nak yang terbaik kan? Kalau dah ramai2x tu berserabut ada la. Rasa x berbaloi dengan rege yang dibayar coz bila dah ramai banyak makanan dah hbs. Yang tinggal sume yang x brapa best. Huhuhu

Kebetulan groupon ada wat discount kat restoran flaming. Pa Jeh pun ajak den pi makan seafood sebab aku dok bising nak makan tapi asik x jadi je coz Pak Jeh x suka sangat seafood. Dia suka darat food je iaitu AYAM. Huhuhuhu...pasrah jela dapat laki yang suka mkn ayam..sob3x

Patutnya 1 kepala rm26 kot. Tapi sebab pakai groupon tu dapat la murah sket. Flaming dah ada bukak cawangan baru kat shah alam seksyen 33 kalo x silap. Memula pikir2x mesti cam x banyak makanan cam kat sunway tu coz baru bukak kan.. Last2x decided xpe lah.. try lah pulak kat shah alam tu. Sebab kat sunway dah 2 kali pi. Saja nak tukar angin plak.

Kitorang pi jumat malam. Balik je keje terus zrroommmmmm..tercari-cari jugak la coz aku x biasa area seksyen 2o+ shah alam ni. Bese area2x uitm jek. Xpe lah..kite redaaaahh je la kan.. Nak pi makan pun suka2x. Haruslah x bley tensi2x. Spoil mood kang..hihi

Bila sampai je, tgk dari luar, wahhhh besar jugak kedai dia.. di luar jangkaan. Memang gah la. X sabo nak makan nihhhh..

Pas bg voucher kat kaunter, trus org tu suh naik atas. Jangan tertipu dgn suasana bwh kedai coz bwh tu.xda org. Skali naik, tgk2x dah ada 4 5 meja org tgh makan..haha..(oh ya, kedai tu 2 tingkat). Apa lagi...tawaf sume makanan..pastu besedia utk menyerangggg...hihihihi

Tempat mmg best
Makanan seafood best. Byk choice
Layanan pun ok
Tandas pun ada
Nasi, mee pun ada
Plg best, aiskrim pun byk choice!

Waaaa...mmg best lah...aku mmg rekemen sape2x yg nk mkn seafood steambot mmg terbaek lah..5 bintang aku bg.


masih mampu tersenyum bersama perut yang kenyang.
(ni lah gambo terakhir bersama jam tangan. esoknya hilang kat ipoh..hoho)

Ini lah hasil seafood yang telah berjaya dibaham oleh aku sorg..hoho


1 pinggan tu aku je melantak. Pak Jeh pny makanan sume jenih yang xda meninggalkan kesan. haha

Oh, pakcik tu tgh ambik seafood. hehe. banyak lg makanan sebelah sana

Tempat duduk yang selesa dan luas

Time nak balik bergambo kat luar restoran

P/s: kena dtg time xramai org baru best

posted from Bloggeroid

Afiqah dah pandai sebut 2 meaningful word. Tau apa? No no mo..bukan ayah atau ibu. Opah atau atok pun bukan. Tokwan pun jugak salah. Jawapannya.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

PECAH!!!!

Hahaha..lama aku pikir nape dia leh sebut perkataan tu..mana dia dapat? Rupa-rupanya masa dia mandi..aku slalu wat buih sabun kat tangan pastu tiup jadi belon. Pastu kang afiqah akan pecahkan belon tu dgn tangan dia and aku akan sebut "pecahhhhhh". Memang dia akan gelak and senyum lebar-lebar time aku sebut pecah tu.. Rupanya itu moment yang paling dia suka kot dan selalu don dalam ingatan dia. Hihi..

I love u very much my dear..miss u..

P/s: jangan la ckp word pelik2x. Sume mende dia record dalam.memori si anak kecil.

posted from Bloggeroid

Dulu masa aku keja kat kampeni yyy sempat la jgk aku tgk tv9 pagi2x ada rancangan tanyalah ustaz. Memang best2x topik yang diutarakan. Tambah2x bila topik kekeluargaan. ;)

Sekarang jgn harap la nak tgk tv pagi2x. Kelam kabut nak pi keja. Awal2x pagi baru je matahari nak naik dah kena bergegas ke tempat keja. Nak kejarkan punch card Pak Jeh pukul 8.

Ok, dari aku merepek tak tentu hala kita berbalik pada topik pagi tadi. Haini sempat tgk kejap je. Topik haini pasal kematian. Setiap umat PASTI akan mati. Masa dan ketikanya yang dirahsiakan oleh Allah SWT. Tak kira muda atau tua masing-masing mestilah bersedia menghadapi kematian. Persoalannya, bersediakah kita? Hari-hari sebuk mencari rezeki dunia. Bekalan akhirat nanti sudah cukupkah? Sejenak aku menginsafi diri sendiri..

Ada seorang hamba bertanya kepada Ustaz, "bolehkah Ustaz huraikan bagaimanakah mati syahid?" Semua orang islam di dunia ni rasanya nak mati syahid. Siapa yg tak nak? Allah dah menjanjikan syurga utk org yg mati syahid, bukan? Ustaz tersebut menerangkan ada 3 jenis mati syahid

1. Syahid dunia dan akhirat
Iaitu mati semasa peperangan dgn niat kerana Allah dan menegakkan agama Allah.

2. Syahid akhirat
Iaitu mati semasa lemas, kebakaran, penyakit taun, melahirkan anak. Allah akan mengiranya di akhirat kelak.

3. Syahid dunia
Iaitu mati semasa peperangan tetapi niatnya hendak menunjuk-nunjuk bhw dirinya hebat, bukan niat kerana Allah. Maka, pada mata manusia sahaja nmpk syahid.

Itulah serba ringkas ilmu yg aku dpt haini. InsyaAllah mudah-mudahan kawan-kawan, sahabat, sedara kita semasa kematian kelak datangnya malaikat mengambil nyawa dgn wajah berseri2x..amin ya rabbal alamin..

P/s: Smoga roh2x umat islam yg telah meninggal ditempatkan bersama org2x yg beriman. Jom bertaubat sebelum terlambat.

posted from Bloggeroid

Rasanya dah lama gile pakai skrin siput tu..dari tahun 2oo8 or 2oo9 kot..itupun jenuh cik intan liyana ajo camna nak tukar layout..hihi..almaklumla..nama jek dak komputer tp gile malas nak membelek IT2x nih..kekeke

Malam td dengan semangatnya aku google " free blog template". Ada la tgk 2 3 url..kali ni x lama pun aku amik masa nak pilih mana 1..coz bateri laptop ni bkn leh tahan lama2x..sebab haitu separuh bateri aku dah guna daftar e-filing..huhu

At last, tadaaa...ni lah layout baru..yey..walaupun kena touch up sket2x aom, jadi lah wat haini..laptop pun dah kuar pop up message tinggai 7% lagi..maka mana yang sompek tu, sompek la yo..

Okeh, x payah dok merepek banyak sangat..hari dah malam..mari kita tido..hoho..

P/s: doa tido jgn lupa baca ye sblm tido. Solat isyak dah ke belum? Bagi yang belum, silalah pi solat sekarang ye..ana sudah mau tido..nunite..
Assalamualaikum!

posted from Bloggeroid

Seems ramai kawan-kawan yang dah terkena buatan orang or yang dah ada anak tecik, leh la layan link kat bawah ni:

Http://www.shoppinhsales.com/2012/03/21-22-apr-2012-pureen-stock-clearance-sale

Thanks to Puan Bai for the info ;)

posted from Bloggeroid

Tak tau nak post apa sbnrnya..tapi, nak gak post something kat blog..haha..

Malas nak taip..layan je la gambo fiqah kat tesco..

1 sut baju dgn suar tu dispons oleh opah tepen..balik tepen haitu opah belikan..time seh opah...lain kan kalo opah dgn cucu berbanding dgn anak..kalo dgn anak, mcm rimau..kalo dgn cucu, lembik gigi...kekekeke...1 dunia kot atok ngan nenek camtu..nape ek? Lumrah alam...biarlah rahsia...hehehe..jangan mare opah..




posted from Bloggeroid

12 Mac 2012

12am
Pak Jeh bizi siapkan barang-barang kelengkapan Afiqah since afiqah first day hantar ke baby siter. Semua kelengkapan wajiblah lengkap. Maka, beg pink berserta tin susu lembu cap Ammum dah tersedia atas meja. Sok pepagi senang nak rembat jek. Agaknya dulu-dulu time aku bujang selalu makan nasik perabih licin pinggan kot. Maka, dapatlah aku suami soleh..wakaka..(yang betuinya dapat bini ala-ala cincai, camtulah jafinya) Pak Jeh ni amatlah cermat dan teliti. So, memang sesuai lah keje packing2x barang..jangan marah ye laling..i lap u..

6am
Aku dah bangun. Sebelum ni keja kat cyber lagi tak dekat2x nak hbs subuh tu jgn harap la buntot ni nak bangun..haha..masa itu emas..tido haruslah cukup 8 jam..kekeke..Ok, dah bangun tu, trus pi mandi..solat..pakai baju keja..(oh, hari pertama haruslah smgt. Malam tadi dah streka baju siap2x)..wat susu fiqah..tukar pampers..pakai tudung..kemas2x umah sket..vrooommmmm..menuju ke destinasi dengan mata yanh separuh nak tutup..

720am
Tok..tok..tok..
Pintu umah pengasuh diketuk..pengasuh puj mengambil cek.mek molek tuh..sebab first day, risau trauma dia blom lg habis..maka, aku pun masuk la skali umah..dok lepak jap sementara cek mek tu nak serasi..agak2x 5min, aku pun cabut..perjalanan masih jauh..hohoho..

750am
Sampai opiz Pak Jeh..Pak Jeh punch kad..pastu vrooomm anto aku plak gi keje..riso sampai lambat lak sebab jem..bese lah..nama pun keje keyel..tak rock la kalau tak stuck dalam jem kan...ngee

820am
Sampai dah opiz aku..haitu HR dah pesan, report kat dia dulu on the joining day. So, aku pun lepak la kat lobi HR tingkat 14 tu sementara tunggu orangnya sampai. Tetiba datang sorg budak melayu dok sblah aku. Tegur2x skali dia pun bgtau dia first day join gak..Syukur..ada gak geng..Maka, dengan pantasnya kitorang bertukar2x henpon number..So, aku xde la lost sesorg kang..haha

840am
HR yang incharge kitorg pun sampai..dia suh tunggu sampai kul 9am barulah dia bawak gi jumpa line manager each department..malangnya, aku dgn kawan baru tadi tu dept lain2x...maka, terpisahlah..

910am
Briefing dengan line manager. Bese lah..nak bersuai kenal..dia assign sorg buddy kat aku. So, buddy tu lah yang akan assist aku sepanjang 3 bln nih.

930am
Aku dah dapat cubical sendiri. Tapi tak best la design dia..macam kat ex company aku dulu..open..tak de privacy sangat lah..tapi agak ok sebab ruang dia luas..sampai ke hari ni, aku tak berborak pun dengan jiran sebelah..harap2x pasni boleh berkerjasama lah..

1220pm
Lunch time. Dorg ni tak ikut jam sangat. Bese dorg kuar kul 12. Aku join la dorg2x 1 team nih makan since aku pun kene gak berkawan..kang xde sape nak kawan ngan aku kang..hoho..time makan tu barulah dorg cite jiran sblah aku tu saiko..memang dia wat sendiri jek..so, tak payah tego pun xpe..tapi, cam tak best r macam tu..for the long term..sebab 1 team..susah la kang kalo papr nak keje skali..sob3x

3pm
HR dah pesan pagi tadi suh gi bank bukak akaun. Maka, aku pun kontek la member yang baru join tadi gi skali..dia pun orait jek..leh masuk geng la..memang dok kerap wasap2x dengan dia je la tanya info2x..takut gak aku termiss something..aku memang kerap ketinggalan ketapi..hehe

545pm
Aku dah chow coz xde keje..1 hari aku dok wat elearning. Sampai sangap2x la tahan mengantuk..lagi2, banyak pasal sejarah..oh..xsanggup den..kekeke

Today, dah hari ke 3..haini ada training..so far, ok lah..sebab tak mula keja lagi..sok2x dh keja xtau la plak macam mana rupa..tapi, haitu ada gak tanya2x member 1 team..dia ckp kitorg pny testing test kat mainframe which aku just tau guna hogan je masa kat Scope dulu..dulu guna utk carik test data jek..kali ni, wat testing kat situ..macam agak mencabar jgk la...cuak gak nak start keje baru nih..takut bos expect tgi pun ada..hopefully everything goes fine..

Haini berita gumbira jugak..afiqah dah x nangeh kat umah pengasuh..yey...lega rasa hatiku..risau sangat2x takut dia trauma xnak lgsg dengan org...alhamdulillah..Allah makbulkan doaku..harap2x pasni terus ok..amin...thanks Allah!

Lupa plak, sesape nak try, send resume kat aku..nanti aku forward kat HR..ops, IT background only..;)

Send to dianaagd@gmail.com

posted from Bloggeroid

Yey..cik afiqah dah boleh berjalan..ada la 2 3 langkah..tapi malangnya tak dapat jadi the first person tengok her first move..her first word pun sama..bila balik kampung tau2x dia dah boleh itu, ini..hmmm..for the second baby nanti kompem dok dgn den dari kecik..anak sulung cum cucu sulung..terpaksalah den mengalah..huhu

Haini nak bawak si debab ni pi cucuk 1 tahun..pagi tadi klinik kesihatan dah call dah tanya nape x pi cucuk lagi..haha..siaplah kau jap lagi kena cucuk kompem melalak sakan..kekkeke

Esok baru aktiviti jalan-jalan jumpa pengasuh..haha..tak da nye nak rehat sebelum start keje baru..3 hari cuti ada je aktiviti nye..hohoho..terpaksa try jugak la hantar pengasuh even budak tu trauma sekejap haitu..kita coba je lah..mudah-mudahan Allah bukakan ati dia..ibu mana yang sanggup anak dia berjauhan..9 bulan dok dalam perut ibu tak pernah berenggang walau sesaat pun..ini dah setahun berenggang..hanya Allah yang tahu betapa berat aku menanggung rindu...doa2kan lah afiqah nak dok dengan pengasuh..:)

posted from Bloggeroid

Actually dah lama dah aku dapat initial offer setelah berjaya dalam interview. Memang dah frust dah ingat tak dapat. Bayangkan interview dengan bos testing team tuh 8 Nov 2011. Lepas seminggu, senyap jek..Maka, aku pun dengan gigihnya carik kampeni lain plak. Ada la pergi 3 4 kampeni lain interview, mencuba nasib.

Pastu tak dak angin, tak dak ribut, tup2x received call dari HR kampeni tersebut. Ingatkan dia nak bagi khabar gembira..Ayat yang aku nak dengar is "Hi, congratulation! You are selected to join our company". Sekalli, dia ckp, "Hi Diana. This is xxx from xxx. We would like to call you for second interview. When are you able to come?" Hohohoho...Time tu aku frust gak sebab tak sabo nak blah dari kampeni yyy nih..Tak pe lah, dengan semangat wajanya aku pun sebey2x lah apa soalan2x yang berkemungkinan akan ditanya masa interview nanti. Yang second interview nih dengan Manager HR lak on 29 Dec 2011. Dari memula aku interview sampai ke next interview, amik masa 2 bulan kot?

Dah habis tebiu tuh, Manager HR tu cakap dalam masa seminggu dia akan get back. Dia akan prepare offer letter dalam masa seminggu tuh. Balik dari tuh, aku dah hepi giler dah. Sebab dari cara2x dia ckp tu memang macam dapat.

Sekali kau..

Seminggu

2 minggu.....

3 minggu......

4 minggu......

Ok..Tak dak gak khabar berita..FRUST!

Untuk memujuk hati sendiri, isnin raya cina tuh, 23 Jan 2012, aku ngan Pak Jeh gi The Mines tengok2x handphone. Dok tengok2x, skali terbekenan lak handphone HTC Sensation XL. Aku pun rembat 1..wakakaka....sukenyeeeeeeeeee...hepi2x.

Esoknya plak, Pak Jeh ajak pi Subang Jaya lak. Nak tengok handphone dia lak. Sembang2x jap ngan tokey tuh, rembat lagi sebijik HTC Sensation XE utk Pak Jeh plak. hahaha

Esoknya, 25 Jan 2012, sampai2x je opiz, check emel lah macam biasa. Sekali, ada emel dari HR kampeni tersebut..INITIAL OFFER..

Yey! Akhirnya setelah penat menunggu, dapat gak keje...Senyum lebo sampai ke telinga ^____^

Syukur, Alhamdulillah..Setelah 2 taun keje kontrek, akhirnya dapat keje perm. Senyum lagi..^___^

Aku ingatkan lepas dapat intitial offer, leh trus pi amik offer letter..Rupanya kene wat medical checkup dulu..Apa la pny HR..bukan nak bgtau awal2x..Nak kene tanya, baru la nak bgtau..hmmm. Pastu kalo kol asik xde jek. Cuti lah. Miting lah. Macam2x hal. Sabo je la..

Dah tuh, gi lak wat medical checkup. Malam sebelum tu aku berdebar gila risau pregnant. Haha. Petang tu dah siap beli test kit. Sok pagi subuh2x aku test dulu. Seb bek negative. Soknya baru medical checkup. Aku ingatkan dia just check darah, air kencing ngan x-ray jek. Rupanya renyah gak.

Sampai counter, isi borg pasal history kesihatan kita. Pastu, baru dia panggil masuk dalam.

Memula, dia check mata. Macam biasalah, dok melekat kat dinding sambil tutup mata sebelah, pastu dia suh baca huruf2x kat dinding seblah sana. Punya lah kecik cinonet huruf2x dia..Tak tau lah kot2x aku yang rabun..haha.. Dah sudah tuh, check berat ngan tinggi punya. Kompem aku dah masuk kategori obe. Badan kecik sikit dari anak gajah. haha. Dah siap tuh, dia suh pi kencing. Part ni, aku riso. Coz, tetibe aku piyed petang tuh. Sakai tul..Nak tukar tarikh lain, aku dah malas. So, aku rembat gak la..Cuci bersih2x dulu baru kencing..haha..Naseb lah..kalo result tak best kang baru aku bgtau aku piyed...lalalallala

Dah sudah tuh, dia suh wat test ECG lak. Aku pun xtau natang pe tuh. Habis 1 badan berselirat ngan wayar. Kepit kaki, tangan ngan breast. haha..Ternoda aku ngan nurse cina tuh..

Dah sudah tuh, pi wat X-ray lak. Pun, kene bukak baju. Haish, seb bek pakai baju senang nak sarung. Kalo yang jenis payah nak bukak tu kan payah..

Dah siap, dia suh dok luar jap. Lama pastuh baru dia panggil masuk balik jumpa dokter lak. Dokter cam biasalah ada sket2x interview. Tanya pasal history kita. Amik darah, check tekak, check telinga. Pastu, suh baring, bukak baju. Mak ai....3x aku ternoda..wakakaka..Dia check perut ngan breast skali. Takut ada breast cancer kut..(dalam hati aku, leceh tol nak masuk keje pun..huhuhu)

Dah sudah tuh, dia suh aku blah balik. Nanti dia akan hantar report terus kat kampeni tersebut. On the first day keje kang baru dia reveal aku pny report. Berdebar gak la..Takut result aku ntah hapa2x...Aku rasa aku sehat jek. Tapi, xtau la plak tahap mana sehat aku tuh..kui3x

Isnin haitu, 20 Feb 2012, HR dia kol suh amik offer letter. Fuh, lega...Riso tak lepas medical checkup jek..Mana taknya, aku dah hantar resign letter kat bos aku...wakakaka..Pak Jeh cakap, kalo xlepas kang cakap kat bos kampeni yyy aku nak tarik balik resign letter...Suke hati jek...

Selasa tuh, 21 Feb aku pi amik offer letter tuh..Akhirnya, setel sume...Lega..Sekarang ni tengah menghitung hari jek nak masuk keje baru..

Harap2x kat tempat keje sana nanti, environment best, team best, dan yang paaaaaaaalllliiiinnnnggggg penting, BOS best..haha..Azam utk diri sendiri xmo tukar2x keje dalam masa terdekat. Resume x cantik..haha...HOPEFULLY...




Haitu aku tgk berita utama jam 8mlm kat TV3. Time tu tengah main-main ngan Afiqah. Sekali terpandang skrin tv. Kedengaran Pak Menteri memberi ulasan pasal pesta hiburan sambutan tahun baru kat mana ntah aku tak pasti. Yang pastinya di malam hari. Antara petikan-petikan ulasan beliau bila ditanya pasal pesta tersebut:

"Sambutan yang diterima sungguh menggalakkan. Ramai generasi muda yang datang. Program macam ni memang bagus untuk belia-belia kerana mereka mudah menerima banyak info-info dalam bentuk hiburan berbanding dengan mendengar ceramah-ceramah agama"

Dalam hati aku, "Macam ni pemimpin kita bercakap?"

Semakin hancur lah anak-anak muda generasi akan datang..hmmmmm

Hari mengundi dah tak lama lagi. Risau aku nak mengundi pun. Sungguh berat tanggungjawab tuh. Isk.



Haitu dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus pasal dunia ni hak Allah SWT. Memang menusuk di hati. Kata Ustaz Azhar, dunia ni pinjaman je dari Dia. Manusia ni ibarat penyewa je. Allah lah tokey besar alam semesta nih. Kalau ikutkan Allah la the greatest Raja untuk semua manusia. Kira kita ni kerdil sangat. Tapi kita selalu membuat kerosakan di bumi Allah. Allah tak murka terus. Kasi can kat manusia bertaubat. Tapi manusia semakin tak sedar. Masih membuat kerosakan. Tak teringin pun nak meminta maaf kat Allah. Kenapa manusia takutkan pemerintah-pemerintah, Sultan dan Raja-Raja tapi tak pula takutkan Allah? Kalau Sultan murka, sebagai rakyat, kita dah berpeluh-peluh takutkan hukuman yang bakal diterima. Tapi, sebagai hamba Allah, takda plak rasa takut hukuman yang bakal diterima. Bukan bila mati je hukuman tu akan diterima manusia. Kadang-kadang Allah bagi cash je. Bencana yang menimpa manusia salah satu kemurkaan yang ditunjukkan kepada manusia tapi manusia masih belum sedar. MasyaAllah..

Dulu, masa aku sekolah, aku berusaha hanya nak dapatkan menimbun-nimbun A dalam UPSR, PMR, SPM.. Kat sekolah memang selalu cikgu-cikgu menekankan pelajar-pelajar untuk dapatkan sebanyak A yang boleh dalam semua peperiksaan. Cikgu selalu pesan kat anak-anak murid belajar sungguh-sungguh untuk dapat keputusan cemerlang. Cikgu nak semua pelajar masuk U. Semua ada degree. Cikgu tak nak nampak sape-sape pun masuk Kolej. Aku faham maksud Cikgu tu supaya kita aim tinggi untuk berjaya. Aku dulu tak pernah teringin langsung nak masuk Kolej. Aku rasa student-student Kolej ni sume low class. Sume student yang tak layak. Sume student yang tak terpilih masuk U. Disebabkan sume gagal masuk U, tak ada pilihan lain, terpaksa masuk Kolej. Tapi, Allah bayar cash kat aku. SPM aku kantoi. Masuk form 6 tak boleh gi. Last-last, mak aku suggest masuk Kolej. Masa tuh, baru aku rasa bersyukur ada Kolej. Kolej je nak terima aku lepas permohonan kemasukan ke U aku gagal.

Aku tak salahkan cikgu. Memang kerja Cikgu-cikgu di sekolah memotivasikan pelajar untuk dapat keputusan yang cemerlang, terbilang, gemilang. Tapi, Cikgu lupa nak ingatkan pelajar-pelajar pasal NIAT.

Apa sebenarnya niat kita belajar?
Apa sebenarnya yang kita dapat bila dapat keputusan cemerlang?
Apa sebenarnya yang kita ada bila ada Diploma?
Apa sebenarnya yang kita ada bila ada Degree, Master, PHD?

Kita semua telah disogok dan disuntik dalam minda kita,

"AKU NAK DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SEBAB NAK DAPATKAN KERJA YANG BEST, GAJI YANG BESAR, KETE BESAR, UMAH BESAR"

Tapi, kita lupa NIAT sebenar kita belajar. Kita belajar sebab kita nak kejar harta dunia. Kita lupa harta dunia tak kekal. Kita lupa kita ni hak Allah. Allah yang cipta kita. Kita lupa semua kebijaksanaan kita tu semua kurniaan Allah SWT. Kita lupa niat sebenar kita belajar adalah untuk Allah. Ilmu yang kita dapat, kita gunakan untuk dapatkan kemewahan dunia, bukan untuk jalan Allah SWT.

Bila fikir-fikir balik zaman sekolah aku dulu, memang aku sedih sangat. Sebab NIAT aku sebenarnya hendak dapatkan keputusan cemerlang hanya sebab nak dapatkan pekerjaan yang bagus, gaji 4 5 angka, bukan kerana Allah SWT. MasyaAllah, sungguh jahil hambamu ini.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, terimalah taubat-taubatku. Sesungguhnya aku takut akan kemurkaanmu di atas kesalahan perbuatanku di muka bumimu. Amin.



Tgh malam semalam dapat sms dari minah nih..

Dia: Salam..akq msih mcari pengasuh ke?

Aku: Wslm..sape ni ye..katne tu..

Dia: Efa, sy pengasuh blok A3

Terus aku call tanya..

Aku: Hello, Assalamualaikum

Dia: Waalaikumussalam kak

Aku: Hmmm..tadi bgtau ngasuh budak kan..Tingkat bape ye?

Dia: Tingkat 2

Aku: Oooo...Sekarang ni bape org budak akak dah jaga? Cadang nak jaga bape org?

Dia: Kak, saya muda lagi.. Sekarang saya jaga 5 org.. Cadang 8 org..

Aku: (dalam ati aku, mcm ne dia tau aku dah tua? Adakah melahirkan sorg anak dah menjadikan aku tua? Kalo lah aku kawen lepas SPM, pastu terus dapat anak lak. So, total umur aku baru 19 tahun kan..Takpe la...mmg die muda kot..agaknya baru pas SPM)
Wa...ramainya..sorg je ke jaga sume budak-budak tu?

Dia: Aah..Saya sorg je..Saya dah ada 3 taun pengalaman keje taska + tadika

Aku: Yeke..Xpe la..Kalau akak nak hantar anak akak, bape ye?

Dia: Biasa RM300..Tapi leh je saya bagi Rm280..

Aku: (dalam ati, boleh plak aci nego-nego sesorg dia) Hmmm...bistu kalo budak yang dah makan, macam mana?

Dia: Owh..kalau baby yang dah makan, saya masak lah..Kalau yang makan bubur, saya masakkan bubur + sayur + ayam ke apa-apa ke..

Aku: Ooooo...Sekarang nih yang paling kecik baby awak jaga bape umur? Yang paling besar?

Dia: Hmmm...Saya jaga baby je..4 org baby umur sume 4 bulan..Yang paling besar umur setahun setengah..

Aku: Oooo..ok2x..Xpe lah..Kang kalo akak nak hantar kang akak bgtau ye..

Dia: Ok2x..Saya tak kesah..Kalau akak nak cuba hantar 3 hari je dulu ke, takpe je..

Aku: Ok2x...terima kasih ye..Assalamualaikum

Dia: Ok..Waalaikumussalam

Letak je tepon terus aku membebel kat Pak Jeh..Adoi..Dasyat tul orang sekarang ye..Mata duitan betul..Tamak betul ambik budak ramai-ramai sebab nak poket lebat..Bayangkang 4 org baby umur 4 bulan sekaligus jaga sesorg..Aku dah experience jaga Afiqah seketoi tu pun penat gila..Ni kan nak jaga 4 baby umur 4 bulan..Gila ke apa..Baby kan kerap menyusu..Every 2 jam mesti nak menyusu..Pastu baby biasa berak 2, 3, 4 kali sehari..Tak ke kelam kabut berlari berambat nak tuko pampers..Nak mandikan lagi..Nak susukan lagi..Nak tuko pampers lagi..Nak tidokan lagi..

Padan lah banyak kes baby tesedak susu lah, jatuh buai lah.. Kalo dah macam ni lah gayanya mengasuh budak, kompem-kompem bagi susu buh bantal..MasyaAllah..

Aku pelik lah pengasuh-pengasuh era baru yang mata duitan nak cekau duit nih..Muda-muda plak tuh..Pikir nak enjoy je..Dorang tak pikir ke keselamatan anak tu? Mak ayah hantar kat dorang suh jaga anak, beso kan tanggungjawab tuh...Bukan mintak jaga harta benda yang tak bernyawa..Ini amanah mak ayah budak tuh..Pikir nak untung je..Dok bandar nak bergaya sakan..Nak pakai kete mewah, nak ada umah mewah tapi nak jalan senang..Budak tu kalo nangeh dibiarkan je lama-lama sampai budak tu diam sendiri..Boleh jaga je lah..Ngasuh memang xde la..

Kalo sorang RM300..Cuba darabkan dengan 8.. Sebulan RM2400.. Tak payah belajo tinggi-tinggi or penat-penat pi usung sana sini bawak file nak intebiu keje..Ngasuh budak 10 org dah dapat RM3000..Penat je kan sume org pakat berebut nak ambik Degree..

Tu la orang takut nak hantar anak kat pengasuh..Dorg ni main taram je jaga..Takde dah perasaan kasih sayang kat anak tu..Yang penting, dapat duit belanja..Leh pi shopping..Kalo orang-orang dulu ngasuh budak ni memang orang respek sebab wat keje mulia..Sekarang nih susah orang nak respek sebab sekarang semua kejar duit..

Mudah-mudahan aku dapat pengasuh yang berhati mulia..Start bulan 2 nih nak hantar Afiqah kat pengasuh tingkat 10..1 blok ngan aku.

CUAK!









Untuk melupakan keje budu kat kampeni yyy bukan mudah...Sentiasa jek menghantui diriku ini..Same goes to other team mate aku...Sume sepesen jek..Kalo dulu keje kat Scope hbs keje, lik umah, lupa dah sume masalah kat opiz...La ni, even kat umah pun masih pikir keje..Sabtu Ahad pun xsenang nak cuti..Management kat kampeni yyy ni best giles...Dorg pikir staf sentiasa on call..Xde life...Keje 24 jam..Hmmmm...Suke suki jek wat schedule..Sume kene free...Xda alasan untuk katakan tidak bila disuruh keja hujung minggu or stayback malam...Ada plak camtu..Suma org ada life sendiri...Kalo nak suh stay, bgtau la staf dulu..Ni tak, main taram jek wat schedule..Yang part paling klako, schedule dorg nih keje termasuk sabtu ahad..Pelik..Dari mula masuk keje sampai skrg masih xdapat menerima kepelikan tersebut..

Ok lah...Malas nak pikir keje yang sengal..Haitu den satu famili 3org (aku, pak jeh ngan afiqah) pi Penang..Saja nak jalan2x release tension keje..Rasa serabut gile..Kalo ikutkan den payah nak emo2x..Tapi, sejak masuk keje kat kampeni yyy nih cpt jek menyinga...Hari2x positif thinking...Xtau la sampai bila leh bertahan...Baru keje sebulan dua dah tensen...Hmmmm..Plan nak pi Penang mmg dah lama...2 3 minggu dah plan..Siap book hotel..Kebetulan plak time tu member2x baik kawen..Leh la balik Tepen skali jenguk abah ngan mak tercinta..Hik3x

Saja jek nak tengok ok ke tak bawak Afiqah jalan-jalan makan angin jauh sket...Nak wat eksperimen..hehe..Kalo ok, leh bawak bejalan lagi..:-P

Hari jumaat malam, tido Tapah. Sabtu pagi bertolak dari Tapah ke Tepen. Sampai Tepen dalam pukul 12 tgh hari. Pi kenduri Shima dulu..Sebab dia nih banyak tlg kitorg time kenduri..Maka, haruslah kenduri Shima ni diutamakan terlebih dahulu. Dah makan-makan sket, kitorg teruskan perjuangan ke kenduri kedua. Kenduri Aspa. Aspa ni dulu kawan rapat den masa kat IYBPP. Ke hulu ke hilir ngan mek sorg nih lah..Kat Tepen gak umah dia..Ok la kan..senang...Comey gile cik mek ni..Yelah...xpenah tgk dia mekap kan..mestilah cun bila tetibe mekal...hehe

Dah setel, salam2x...terserempak ngan lecturer Math IYBPP. Lecturer ni mmg best..Nama dia mmg xleh lupa..Puan Noreha..Dah la ajo best, cun lak tuh...kekeke..Den rasa sume student suka klas dia..tambah2x student laki..Leh jamu mata skali...hehehe

Dah borak-borak jap ngan Puan Noreha, kitorg terus pecut ke kenduri Faiz lak..Faiz ni pun kawan rapat gak masa kat IYBPP..Dia ni mmg suka sangat menyakat..Kalo dalam klas mmg suka dok tarik-tarik kerusi den..Tetiba rindu lak time blajo dulu...Sonok..cuma part poket kosong tu yg xbest...hehehe

Dah mencekik + borak-borak, kitorg trus pi penang aka tanjung...Badan dah penat gila..Memula nak naik jambatan je...Pastu mcm mana ntah..Salah jalan...Sampai ke jeti..Xpa lah..Naik je la feri...baru adventure...hehehe (kaver sebab salah tunjuk jalan kat Pak Jeh)

Ni ha gambo afiqah naik feri...muka blur2x..dia suka dok tgk ombak yang kat tepi feri tuh..Jenuh suh dia tgk laut, xmo dia tgk...Sebuk dok tgk ombak..Xpa lah...Janji dia x nangeh suda...hohoho

~ abaikan jerawat beso den sebijik tuh ~

Sampai dah Penang, trus carik hotel...Seb bek ada teknologi GPS..Garmin mmg terbaik..Mana-mana kitorg nak carik tempat, alhamdulillah, jumpa..Dah jumpa Tune hotel, check in, trus bummm...Fiqah time tu baru tido dalam kete...So, bila sampai jek hotel, trus dia sambung tido..Dalam sejam camtuh, dia terjaga...Den riso gak kot2x dia ngamuk ke..Tune hotel gila sempit! Tobat xmo dah book Tune hotel...melainkan kalo terdesak gila-gila...Memang muat-muat katil sebijik jek..Bab yang best katil ngan shower..Yang lain-lain, hampes..Tv pun xde..hmmmm

Bila Fiqah terjaga jek, dia tgk sekeliling...Pastu trus memanjat-manjat..Ada plak cermin beso kat kepala katil tuh...Melompat-lompat dia suka sangat...Time tu lak dah magrib..Belengas-lengas..Den mandikan Fiqah...Amboih...kemain lg dia suka...Dok cakap "eh" berulang-ulang sb ada cermin kat sink tuh..dia hepi nmpk muka dia sendiri...haha..mandi lak ngan air panas...Sakan la..Kalo dg air sejuk, jenuh nak mandikan..Buas gila..Asik nak lari je..Isk3x..menurun perangai den...wakaka

Dah siap-siap tuh, kitorg pny perut pun dah berbunyi-bunyi...Takut nak makan banyak-banyak kat kenduri...Takut sakit perut...Memang lapo tahap gaban..Ujan la plaks...terpaksa amik kete pi cari makan kat pekan...Pusing-pusing kat bandar asik nampak kedai makan cina jek...Last-last nampak KFC, tibai KFC je la...haha

Dah hbs mencekik, kitorg blah balik bilik...Ngantok bangat...Fiqah pun muke dah layu2x nak carik tilam...Inikan ibu ngan ayah dia y lum tido..Lagi la kan..

Sok paginya, bangun subuh tetiba mesej masuk...Mesej dari mak..Rupanya mak nak pindah barang dari umah lama...Den ingatkan mak dah upah org angkat brg..Cam den dulu mmg lori ngan org upah skali...RM600 kalo xsilap..Utk 1 trip dari Seri Kembangan ke Putrajaya..Dah dapat mesej mak tuh, xsedap la hati...Percutian pun dah mcm xbape best..Xpe lah..den ckp ngan Pak Jeh, kite jalan-jalan cepat-cepat lah kat Penang..Dalam kul 10 tuh siap-siap lah nak check out..Mandikan fiqah comey-comey, siap barang, trus chow..


~ Afiqah sebuk 'mengemas' beg tangan den ~

Pusing-pusing penang jap..Pastu trus gerak ke Tepen..Sampai Tepen pun dah petang..Pi pekena Doli pastu trus ke umah baru mak ngan abah...Dah siap dah pindah barang..Cuma nak susun-susun brg + ada sket2x brg kecik2x tgl kat umah lama..Malam tuh kitorg rehat dulu..Fiqah pun meragam sket nak tido...Jumpa sepupunya si Dania..Bukan main lagi tangannya nak cekau muka Dania...hehe..


~ Afiqah di Doli ~

Esoknya baru kitorg mengemas-ngemas umah sket mana yang patut..Sorry lah ye my mom n daddy..Last minute information...Ngee...

Memang best lah bawak Fiqah jalan-jalan makan angin..Pasni leh bawak lagi...Experimen berjaya!!

Next trip, tunggguuuuuu