posted from Bloggeroid

Links to this post
Sekarang si ketot aka Afiqah dah banyak akai..Pagi2x nak pegi umah Mami ada drama..Pegi main playground nak balik kompem drama punya..Nak suh bangun tido pun kena umpan dengan vitamin Champs tu..Kalo x, jangan harap la dia nak bangun..Boleh pulak dia tido balik lepas bagi dia minum susu tanpa puting kesayangan dia tuh..kalo x, bukan main memekak kalo tido takda puting tu..oh anakku..

Sekarang dah pandai sembang bahasa jerman..ngok ngek ngok ngek sembangnya..sepatah haram aku x paham...layankan jela..macam org tua nyembang lak aku nengok..oh anakku..

Nak tido plak tak main dah kejap2x..Malam2x kalo aku nak tidokan dia mmg kompem aku yang tido dulu..dia nak tido punya la bercinta..kena gosok2x badan dulu..garu2x kaki dulu..golek2x pusing ala2x hisdustan dulu..oh anakku..

Kalo pi supermaket beli barang, silelah bagi 1 plastik kat si ketot..kang memekak x dapat tlg bawak barang..dia pun nak gak bwk barang..dah kata shoping kan..haruslah bawak barang..tekedek2x mcm mak bedah plak aku nengok dia usung pampers bwk naik umah haitu..haha..lantakkkk

Sekarang sebelum mandi lepas bukak baju tu, dah pandai dah bawak baju sendri automatik pi letak dalam bakul..dia dah tau dah bakul kecik dia punya..rajin tol si ketot sekarang..haha..dah pandai amik barang, kemas barang kalo suh..boleh la nak suh amik remote ke, letak bedak ke, simpankan aku punya krim kaki ke..tapi part yang bestnya, kalo tak tunjuk simpan kat mana, just ckp SIMPAN je, kompem si ketot akan simpan dalam almari kasut..haha..tu kira almari dia la tu..sebab dia kan ketot..almari tu je yang sama ketinggian dengan dia..wakaka..oh anakku..

1 gambo nih aku tempek si ketot tengah feeling2x taip komputer..almklum la, masa pegnen dulu mak dia dok ketuk keyboard komputer je kan..keke..





posted from Bloggeroid

Links to this post
Assalamualaikum..Dua minggu lepas aku ajak Pak Jeh pegi makan kat kedai makan Sup Urat Keting kat Seksyen 7, Bangi..Bangi memang terkenal dengan port makan sedap2x..Saja je nak try sebab penah nak singgah tapi tak jadik sebab ramai org sangat..So, kitorg pegi makan kedai belakang dia jek..Ok jugak kedai belakang tu...Banyaaaakkk gila pilihan lauk dia..Nama kedai aku tak amik port lak..Korang pegi la pusing2x area situ..Memang ramai jugak kedai tu..Harga pun boleh tahan..

Kedai Sup Urat Keting dalam singkatannya Sup UK, nih harganya agak mahal aku rasa..Aku makan sup urat keting tu rege RM8 1 mangkuk, Pak Jeh makan sup daging RM6 1 mangkuk, nasik putih 2 pinggan, pastu aku ada amik lauk udang masak lemak nenas sikit (utk Afiqah since dia suka udang, xkan nak bagi urat keting kat dia plak kan..haha), minum air teh ais 1, teh o ais 1, Total RM26. Kitorg order sate ayam 10 cucuk..RM7, yang ni bayar asing kat kedai sebelah. So, makan tengahari kitorg yang x seberapa haritu ialah RM32. Memang tersangatlah mahal aku rasa...Sup dia sedap. Tapi, aku rasa tu kali pertama dan terakhir la kot makan situ..haha

Kalo nak try, leh je korang pegi..leh pegi kat link nih..Banyak info2x pasal makan kat blog dia..aku jumpa pun gugel2x jap tadi..Credit to blog http://kucingorengemok.blogspot.hk/2009/11/sate-urat-ketin.html.

Topiknya bukanlah pada kedai tu, time aku makan tu, aku pandang kiri kanan..Sekali ternampak hiasan di dinding kedai tu..Aku baca 1 per 1 ayat dia..memang tersentuh di hati..Kalaulah Rasulullah SAW masih hidup sekarang, mesti umat Islam hidup dalam keadaan yang mengikut landasanNya.. :-(
Kat bawah ni aku tempek balik apa pesanan terakhir Rasulullah SAW buat umat2x nya..Semoga ianya menjadi pengajaran dan peringatan buat kita semua umat Islam yang semakin jauh..Marilah kita merindui Rasulullah SAW dan mengerjakan apa yang diamanat oleh baginda.. Semoga kita tidak lagi tersasar dari ajaranNya..In Shaa Allah..

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Wallahualam


Links to this post
Assalamualaikum..Haini hari yang ketiga melangkah ke tahun baru iaitu 2013. Tak ada apa pun yang specialnya..Saja je nak update blog since dah lama sgt tak update..Hari ni tak banyak keja sangat...Just nak buat housekeeping je lepas habis wat System Testing.. ^__^

Since last weekend lg aku memang dah tension tahap gaban tgk badan ni dah macam tong drum dah...Baru anak sorg..Dulu2x masa belum kawen dok tgk iklan2x produk kuruskan badan nih selalu dok kutuk dalam hati, apahal la makcik2x ni dok minum produk2x menipu camtuh..Ntah betul ke tak testimoni yang dorg dok iklan kat intenet tv bagai tuh..Pastu leh plak aku dok kondem sesorg mana leh badan jadik beso camtuh..Makcik2x ni pemalas..Pegi la eksesais bagi kurus..Kang minum2x ubat kurus nih kang efek kat badan nanti sakit sana sini baru padan muka..Sekali kauuuuu...Bila aku dah kawen, dah ada ada sorg, silelah dapat habuan...Perut jadik sejebon cam dalam gambo2x yg dorg iklan tu..mengelembir cam buah betik masak ranum gituuu..Buntot lak jadik leboooo..Peha jadik kembang...Waaaaa...Dulu2x pun aku gemuk gak tapi xde la mengelembir badan ni...Sob3x

So, penyelesaiannya, aku amik gak produk perlangsingan nih..hahahahaha...sile gelak pada diri sendiri..Baru la aku tau perasaan makcik2x tersebut..Bila dah berkeluarga nih mmg kurang masa untuk diri sendiri (menipu la kalo aku cakap tak da masa kan)..Allah dah bagi sorg 24jam sehari..Pandai2x la uruskan sendiri.. :-P.. Jalan paling mudah, try je lah produk perlangsingan nih..Nak pegi SlimWorld bagai tu ongkos nya mahai sgt..Pastu aku baca kat forum tu ramai yang kena tipu..Isk3x..Habis beriban2x bada dok macam tu jugak..Nehi2x..

Produk yang aku try tepek kat perut ialah Krim Ramping..RM50 sebijik..Ok la..Aku pakai turun la sket ketinggian gunung perut aku nih...Tapi, aku tak berkenan sgt nak pakai sebabnya bau dia cam minyak panas..Even aku pakai bengkung PB tu pun masih lagi org sekitar aku boleh bau..So, sekarang aku dah stop..Try SHAPE PLUS pulak..Tengok mujarab ke tak produk nih..Sebabnya aku bukan nak kurus kat perut jek..Seluruh badan aku nak kuruskan..Baju kat dalam almari tu dah 80% kot tak muat...Waaaaaaaa..STRESSSS


Tadaa...Ini lah dia produknya..Aku beli online jek..Beli kat stokis dia..Memula aku tak mau bagitau Pak Jeh..Kunun2x nak tunggu dia tgk perubahan badan aku ni nanti bila dah kurus..(Berangan bukan main..betul ke kurus Puan Diana..haha)..Sekali, semalam org pos tu hantar barang kat opiz aku time kitorg sume pegi lunch..So, nak tak nak kena gak ajak Pak Jeh pegi pejabat pos pagi ni collect barang..Kantoi..huhuhu

Bila dah ambik barang..(Di luar pejabat pos)..

Pak Jeh: Beli apa nih?
Aku: Ubat
Pak Jeh: Ubat apa lagi? Melambak dah ubat kat umah tu tak makan
Aku: Ubat kurus
Pak Jeh: Ni kalo awak tak makan, siapppp!

Hohohoho..Lepas je amik barang tu, terus ke opiz..Den dengan rakusnya bukak courier tuh..Eksaited gila kan..keke..Dengan tak sabonya terus bancuh 1 paket Shape Plus tu..1 hari 1 sachet je boleh minum..Pastu kena minum 3 liter air..Rasa dia? SEDAPPPPP sangat...Kalo suh minum pagi dan malam pun aku leh minum..Rasa epal hijau..Ok..Boleh teruskan..hehe..Aku buat review banyak blog before aku beli..haha..sebabnya aku jenih memang pantang minum2x ubat berbentuk cecair nih..Haitu aku beli produk DCL..Femes gak produk Bidadari tu..Tapi aku minum sekali jek..Tak lalu..huhuhu..Sape2x nak Bidadari tu, den leh bagi half price..Ni ha gambo dia..



Aku sebenarnya nak sangat2x minum bidadari nih..Sebabnya aku beli pun untuk sembuhkan penyakit aku..Tapi, memandangkan aku tak boleh nak minum, so, terpaksalah aku let go..huhu..Ni antara khasiat2x dia..

 Membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga
    - Meningkatkan kesihatan dalaman dan kecantikan.
    - Mengatasi masalah senggugut dan keputihan
    - Menghilangkan bau badan & mulut
    - Menguatkan otot dan menyempitkan faraj
    - Membina dan mengecutkan rahim
    - Menegangkan payudara
    - Membantu merawat luka dalam perut dan selepas pembedahan
    - Menguatkan sistem kemutan
    - Menambahkan kolegen dalam badan
    - Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif
      kepada pasangan semasa hubungan kelamin
    - Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
    - Melegakan panas badan
    - Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan.
      Oleh itu ia sangat baik dan seolah-olah ia dirumus khas
      untuk wanita lepas bersalin.


* Kalo sesapa nak beli produk DCL, korg boleh kontek aku jek..Aku beli haitu 3 produk..Nuclonz, Amazing ngan Bidadari..So, automatik jadik ahli..Ok, jom buat keje..Smoga hari ini lebih baik dari semalam :-)
Links to this post