Salam 1 Malaysia

Jom tempah cadar cotton plain dwiwarna. Den sekarang ada buat cadar custom made. Nak besar ke, kecik ke, ropol2 ke, sume boleh.

Harga pun sangat berbaloi2. Ni harga2 nya...heee


DJ Cadar Cotton Plain Dwiwarna
-----------------------------------------
SET A: Set Quilt Cover
Single = RM160, Queen = RM180, King = RM190

SET B: Set Comforter
Single = RM180, Queen = RM200, King = RM210

SET C: Bedsheet
Single = RM80, Queen = RM110, King = RM120


DJ Cadar Cotton Satin
----------------------------
SET A: Set Quilt Cover
Single = RM260, Queen = RM290, King = RM310

SET B: Set Comforter
Single = RM300, Queen = RM330, King = RM350

SET C: Bedsheet
Single = RM190, Queen = RM230, King = RM250


DJ Cadar Cotton Hotel/Tencel
--------------------------------------

SET A: Set Quilt Cover
Single = RM460, Queen = RM480, King = RM490

SET B: Set Comforter
Single = RM480, Queen = RM500, King = RM510

SET C: Bedsheet
Single = RM380, Queen = RM410, King = RM420


DJ Cadar Cotton Patchwork
-----------------------------------
Queen only = RM99


Note:
Quilt dijual berasingan. Warna boleh customize.
Untuk pembelian borong, mohon PM/Whatsapp 0125766880 untuk dapatkan details harga.
Harga tak termasuk kos pengeposan. Area Putrajaya/Bangi FREE delivery.

Nak tengok update boleh pegi kat fb page den. Search je PEMBORONG CADAR COTTON PLAIN - DJ CADAR

Ni link fb Page den: https://www.facebook.com/pages/Pemborong-Cadar-Cotton-Plain-DJ-Cadar/1511273422453922

Jemput la follow...hehehe.. Cadar Patchwork pun ade..murah2 je den juai..inshaaAllah berbaloi2 sangat beli :-)

Ok tu je nak habaq. Kbai.

Assalamualaikum!


Links to this post
Sekadar perkongsian yang diterima dari seorang sahabat melalui whatsapp

Copy & paste
Bacalah hingga noktah yg terakhir agar timbul rasa gerun dihati kita.

Proses menghisab diri sblm tidur.

Assalamualaikum semua. Just nak share satu sharing dari seorang teman.
Kuliah maghrib di masjid attaqwa,bertam indah.

tajuk kuliah,
"Mizan dan Sirat"
oleh ustaz wadi annuar.

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar.para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan.tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile makaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54.ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu.Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama.lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab.jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi,bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2.lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je,dek padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula,kitab3 amalan kite akan turun dari arash.mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu.kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite,masih tak menjamin kite ke syurga.kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab.sebelum Allah mule hisab,Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia.tak de satu pun tertinggal.lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 2)tak ingat 3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita.seolah-olah sikit lagi kite ke syurga,tetapi final check Allah buat.Allah tanye kepada semua orang,siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.antara yang mula3 bangun adalah anak isteri keluarga,jiran2,kawan2,etc.jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan,pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang.jika pahala dah habis,dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tp affect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita..

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.

Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.

Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti.. Ameen

Baca tgh2x malam semalam terus tacing..huhu..

posted from Bloggeroid

Links to this post
Iklan sat..bisnes kapkek, goodies dah stop sebab x cukup masa dan kakitangan. La ni try bisnes pakaian muslimah plak. Info lanjut, boleh layari https://facebook.com/DJCollections2013. Ayat tamau kalah. Power semedang..haha

So far, kalau iklan kat insta lagi laju berbanding fb. Orang la ni dah x brapa layan fb kot.. Taktau lah ceq.. Pape pun, dua2x aku layan..haha

First item, tudung/shawl



Tudung shawl ni mmg senang nak pakai. Kain pun best. Jatuh bila pakai. Comey lagik. 3 tone. Yang dah tanda SOLD tu dah terjuai la ye adik2x.. Rega pun sempoi ja..RM45 skali pos 1 mesia. Aku x perasan salah gambaq yang aku upload. Ok, T2 ngan T6 dah takdak na..Yang lain, ada lagi.

Ok, second item, telekung lycra.



Telekung ni mmg aku suka sgt sebab kain dia jatuh elok bila semayang. Kalau pi kat surau or masjid slalu org pasang kipas punya la laju. Bila dah laju sangat, kalau telekung cotton biasa tu dia akan jadik kembang. Pastu nampak lengan kalo pakai tshirt lengan pendek. Makanya, ternampak la aurat..bila sujud pun slalu tutup hidung. Kalo pakai telekung lycra ni bila sujud tak payah nak kais2x dah jangan bagi tutup hidung bila sujud. Dia auto ja jatuh tak tutup hidung. Memang best dan senang. Semayang pun kusyuk dan sempurna. Nak sumbat dalam henbeg lagutu pun senang sebab material dia lembut dan licin.

Apa lagi, rembat la satu bang! Bagi bini ka, mertua ka, haha.. Rega murah ja ceq juai..RM60 skali postage. Tak kira la dok celah banat mana, asal dlm mesia, inshaAllah sampai..rega skali pos. Ada 4 kaler lagi dlm stok. Had lain dah org len rembat. Yang tinggai kaler purple gelap, purple lembut, hijau pucuk pisang ngan pink.
Haini order esok leh terus pos.

Ok la, entri pantas je nih. Cik mad kecik tu pengsan. Mak dia pun kena ikut pengsan gak. Satgi dia jaga nak susu plak. Harap aku tabah sampai 2 tahun nak breastfeed cik mad ni.. Doakan ceq na..Amin....niteeeee

posted from Bloggeroid

Links to this post
Kebetulan ada kosong bilik 2 katil, makanya pak jeh mintak la ditempatkan kat wad situ. Sampai je bilik tuh aku dibaringkan di katil. Tak boleh angkat kepala selama 6 ke 8 jam camtu..So, aku kene baring flat jek. Bila baby nangis nak susu, agak payah di situ. Tapi nurse memang membantu sangat. Even mak aku ade kat situ, nurse yang angkat baby and letakkan kat ketiak aku. Pastu siap ajar camne nak menyusu. Malam first tu, mak aku tunggu kat wad. Dua kali rasanya Afiqah berak.. Sian mak kene buang taik ijau. 😜 Tima kasih mak! 😍

Malam second lak, kakak sulung aku lak tunggu. Malam tu afiqah berak sekali jek. Kebetulan katil sebelah dah discharge, kakak aku leh tumpang tido kat katil sebelah tu. Thanks jgk kak! 😊

Hari ketiga tu baru checkout. Pendek kata, servis memang puas ati sangat. Nurse pun ok..kejap2x dia datang check. So, anak kedua memang aku plan beranak hospital putrajaya gak..

Ops, citer pasal bayaran..ramai yang tanya bape ongkos beranak kat hospital putrajaya nih..jawabnya, aku pun x sure..sebab pak jeh keje gomen, sume ditanggung kerajaan 🙆

Tunggguuuu entri beranakkan Seth plaks...hohohoho
Adakah sangkaanku benar belaka mengenai hospital putrajaya yang servis dia best? Ngeeeeee

posted from Bloggeroid

Links to this post
Sambungan cite haitu..jeng jeng..poyo jek haha

Bila nurse dok tanya sakit ke tak..aku jwb tak je..sebab mmg x sakit pun..agak rimas la alat yg kat perut tu..dipanggil CTG rupanya..nak monitor jantung baby ngan contraction..huhu

10am
Doktor dtg check bukaan..ni first time nak kene seluk..mmg seriau habis coz org ckp sakit..huhu..memula datang doktor laki..muda lak tu..die dok check rekod kat buku merah tu..smbil tu dok tanya2x ada penyakit ke apa ke..aku pun dah lupa apa yg dia tanya..haha

Makanya, nurse tarik la segala lampu, bwk spatula bagai..aku dah berdebar dah..haha..pakai glove getah tu, sambil ckp puan, saya nak check bukaan ye..nak tgk bukaan bape..masa dia seluk tu..eeuuuwww...mmg terasa la sakit sket tp leh consider..lembut je dia buat..cewah

Then dia ckp dh bukak 2cm..tp xda laluan lagi..huhu..dalam hati dok cuak ni pikir sesi meneran kang..haha..pastu dia dok check perut..dok tekan sana tekan sini..pastu dia pi..

Menunggu la lagi dgn blur..dah tu dtg plak doktor laki tadi dengan doktor pomp..pompuan tu aku rasa senior doktor..yg laki tu dok explain mende ntah aku xpaham..😂

Doktor pomp tu plak nak seluk..skali lg sesi seram..doktor pomp ni main seluk jek..ganas lak tu..waaaa..agak sakit la..huhu..dah setel seluk, check baby plak..tekan sana..tekan sini..dia anggarkan baby mcm 3.3kg camtu..ok la kot dlm ati aku cakap nak teran..huhu

1030am
Dah setel mende tu sume, doktor suh turun n tukar baju..sebab contraction xde lg, dia suggest suh balik umah dulu..sebab wad penuh..nanti datang bila dah sakit nk beranak sangat2x..kalo x pun, transfer ke hosp kajang or serdang..leh hosp monitor.. Setelah diskas ngan pak jeh, kitorg decide xpe lah..pi hosp kajang jelah..riso gak sb ni first time..mana nak tau sakit sangat tu mcm mana rasa..huhu

11ooam
Tengah2x doktor nak keluarkan surat refer ke hosp kajang tu, tetiba je doktor panggil masuk balik..nak scan baby..masuk la balik aku pun..dah scan, doktor cakap baby macam beso..dah la first baby plak tu..anggaran mesin tuh 4.1kg..pastu die x pueh ati..ajak pi jumpa pakar kat tingkat atas plak..dalam hati aku cane nak teran baby beso sangat nih..rabak kang..waaaa

113oam
Dah jumpa pakar, scan lagi..pun dapat result lebih kurang camtu gak..bising la pakar tu dok potpet2x bebel cane leh beso..mana lah nak tau dia nak beso..huhuhu..

12pm
So, dorg decide utk emergency czer..terus turun balik bawah ke bilik tadi..suh ready utk buat czer..agak kelam kabut gak la time tu..sb air ketuban dok kuar sket2x..nurse suh bukak baju sume, tanggalkan brg kemas sume, dorg check wad pun ade katil kosong, maka, trus je nurse ready prepare ke bilik OT. Dorg masuk tiub kencing b4 nak masuk bilik OT. Part tu yg plg x best skali. Nyilu gila rasa..pastu rasa x selesa gila..rasa nak terkencing jek tapi x boleh..rasa sakit menyucuk2x..tahan jelah kan..dah tu, nurse tolak katil masuk ke bilik bedah..masa nak pegi ke bilik OT tuh, pak jeh iring sekali..tetibe rasa mcm sebak bagai..dah la x sompek nak mintak ampun maap..huhu..xde la sesi drama air mata..haha

Sampai je bilik OT, ada nurse kat situ dok explain risk ngan kene sain doc..pastu sesi transfer katil lak..mmg rasa terseksa batin dengan tiub2x bagai..hmmmm..dah tu, kene tgu jap b4 masuk bilik OT coz tgu doc ready. Ada patient sblm tu tgh bedah. Time tunggu tu mmg rasa berdebar n sejuk gila tp sb selimut masih ok la..lagipun xde contraction..so, mmg leh rilek lagi..

12pm +
Dah sume ok, katil den disorong masuk OT. Masuk je dlm tu mmg kalut gila. Ada 2 3 org yg handle skaligus. Time tu lah check tekanan darah, badan ditempek2x. Wayar dipasang. Botol air dimasukkan.. Aku mmg dh separuh bogel dlm tu..cepat gila dorg wat keje..owh..kat dlm bilik tu mmg super sejuk sampai menggigil x tentu ke hala dah..dah la beebogel..mmg sejuk x hengat..

Datang doktor bius explain pasal bius. Mmg czer kalo bius half body jek..dia explain la risk bagai..time tu mmg redha jek..x kesah la nak buat apa pun janji setel sume cpt..xtahan sejuk gila..pastu, dia suh duduk sambil peluk bantai..dia kira tulang blakang utk cucuk bius tuh..bila dah cucuk tu mmg trus rasa kebas kaki..pastu dibaringkan..x lama lepas tu doktor bedah masuk..kalo x salah dalam 2 ke 3 org..yg doktor bius tu dok sebelah explain apa doktor bedah buat..memang lembut jek doktor bius tuh..

Aku mmg x nampak apa doktor bedah buat..sebab dia hadang dengan kain..so, duduk la melangut dalam tu..time tu x rasa sejuk dah lepas bius tuh..sambil melangut dgr la doktor bius tu dok bgtau progress..heee

Masa tgh bedah tu, aku dok rasa perut aku ditekan2x dengan kuat..doktor ckp sori tepaksa tekan kuat sket sb baby susah nak kuar..aku dah cuak dah..bila baby kuar jek, x dgr apa2x pun..dgr nurse bwk lari je..x lama lepas tu baru dgr suara baby..ngeee..aku sempat tgk jam kul bape..time tu dlm kul 1 lebih kalo x silap.

Nurse dtg bwk baby letak kat muka sambil tanya baby apa ni puan..aku laju je jawab, baby gurl..sebab dah tau..hehe..kejap je dia bg trus dia bwk pi jumpa pak jeh kot kat luo..

Dah setel sume, sume wayar dicabut n ready utk ditolak kuo bilik OT. Aku rasa proses dia cpt gile..pastu masuk bilik monitor jap takut tumpah darah ke, tekanan darah naik ke..so far, sume ok..aku pun dibawak kuo x lama pastu..dihantar ke wad...bila dah sampai wad, sume dah ada kat wad kalo x silap aku..mak abah pak jeh sume ada..hehe..dpt la tgk baby betui2x..hohoho

Bersambung lagi...

posted from Bloggeroid

Links to this post
Ok..entri ni dikepam hampir 3 tahun..hahaha..tetiba aku teringat ada entri yg belum publish pasal beranakkan afiqah..takpe lah..reader pun bukan ada sangat pun kan..meh la aku publish..esok sambung plak cite nih ko rajin + kot ingat lagi..haha

__________

hohoho...anak umo 3 bulan udah baru nak cite...apekah la..kepam2..kui3x..
Sajer je nak wat entri pasal beranak ni..kira cam diari ar blog nih..kang dah anak 8 (cewah..ada ati nak beranak ramai) leh gak baca2 balik...:-P

Masa dlm pojek tuh, mmg hari2 dok bising cpt la beranak..sb dh mls nak wat keje...dgn perut gedabak besonya..sgtlah malas nak usung ke sana sini..hohoho..
Memang elok2x jek den start cuti 26/2.. (mmg dh plan cuti ni sb nak dkt2 beranak baru nak cuti..kalo x, nti kene naik keja awal..bb kecik lg..huhu) Sebabnya EDD 3/3/2011. So, kunun2 sempat la den nak siap umah bagai sblm deliver..

26/2/2011
Pak Jeh ajak g carik brg baby lagik..Maka dgn malasnya den pun polo je la..Pi supemaket mana ntah...X ingat dah pun..

27/2/2011
Pi kenduri Pak Ya kat Sentul ngan abah..Anak dia yg Leftenan tuh kawen..Dari pagi sampai lewat tgh hari gak r pusing2 carik umah Pak Ya xjumpa2x sebab jalan dah berubah..Abah pny lah semangat nak pi kenduri Pak Ya..haha..Den dgn sarat mengandung berusaha gigih gak mencarik umah Pak Ya tuh..Nak harapkan den mmg x boleh diharap la bab2x jalan nih..haha..Seb bek Pak Jeh tau Masjid Ijo tu katne..Sblm tu dh kol kakak den tny jalan sb yg nak pi ni pun blur2x..haha

28/2/2011
Berehat kat umah..Bermalas2an..yelah..baru mula cuti kan..rilek r dulu..Sok lah baru kemas umah..Lama lg cuti kan..ngee

1/3/2011

700am
Pagi tuh cam biasa la bangun nak solat Subuh..Pak Jeh tgh streka baju nak g keje..Den bangun jek dari katil dah terasa bruuummmm...Air ketuban kuar segedebuk..Den masih lagik ingat xpe kut..keputihan je kut..Sebab mmg dah dekat2x due date tuh asik tertipu tetipah..keputihan makin melampau banyaknya..Pehtu den pun dgn tenang pi bilik air nak amik air sembahyang..Elok jek den masuk toilet, rasa cam terkencing..Den check2x tgk2x ade darah..cair giler..Cam air sirap xcukup kaler tuh..eeeuuww

Den dgn tenangnyer jenguk bilik streka sambil berkata kat lakiku..Yang, rasa cam dah turun tanda..Laki den ala2x tenang campo gelabah tanya lik, "Kuar ape?" Den pun jwb "Air ketuban..Byk..Ada darah.."

Dia langsung terdiam..Xtau nak ckp apa kut..haha..Pehtu die suh den solat cpt..Ada plak..Den ckp la..mana leh solat dah..Ada darah..:-P Terus dia suh mandi pastu siap2 pi hospital..hehe..Maka den masih lagi tenang pi la mandi manda...Potong bulu2 mana yg patut..hehe..Segan satgi dokter nak jenguk2x penuh plak hutan rimba..kui3x

Dah siap tuh, kitorg pun menuju la ke kete..Dlm kete, den kol mak.."Mak, dah turun tanda..Nak pi hospital dah ni"..haha..Mak pun menjawab.."Mak baru jek sampai IJN nih..hang pi dulu nanti mak sampai"..ngee

Ada kut dlm 10minit camtu, Mak den kol lagik.."Hang pi makan dulu spy ada tenaga..Makan telo sparuh masak tuh.." Den pun ikut je la...I polo..Dekat nak sampai hospital ade kedai mamak..tibai je la...den mmg kelaparan pun..(nak beranak sempat lagik besuka ria die kedai mamak)..Den tibai sepinggan nasik lemak..Laki den tibai roti..Tu pun die mkn nak tak nak jek..Laki den yg glabah lebey..Bini die elok jek mencekik..hehe

900am
Dah kenyang perut, kitorg pun begerak la ke hosp..Pusing2 carik paking xdek..Dah tu, paking jauh sket...Haish laki den nih...mentang2x ar bini die xsakit lg..turun tanda jek..leh plak die bwk jejalan..Mmg la ada baca blog2x mak2x org..dorg ckp nak sng beranak kene byk bejalan..tapi mau nye teberanak kat situ kang sape yg susah..

Dah sampai kaunter, kitorg p ar daftar...Nak daftar pun lama..tok tek tok tek..huhu..Dlm 15minit camtuh, doc panggil masuk..Den pun masuk la bilik tuh..bilik tu sementara jek..nak check2x jek..Bape bukak bagai..Amik tekanan darah, pehtu suh g kencing nak check mende ape ntah..pastuh byk la soklan2x dokternye..dah tu dia suh tuko pakai kain batik..Disuruh baring..Nurse pun pasang la alat ape ntah buh kat perut..Nak tgk baby pny jantung ok ke dak..Lama gak dok baring kat situ..ada la kut dlm setengah jam..Kejap2 nurse dtg tny..Sakit x..


Bersambung...

Links to this post
Assalamualaikum!! Dah lama x update blog..haha..Dah berkulat rasanya..Al maklum la..Tuan tanah pemalas tapi gatai nak berblog. Orang sebuk buat blog kau pun sebuk. Pastu malas. Kuang3x..

Update terkini...ialah daku menunggu hari nak meletups je ni..For second baby taaaaapppiiii InshaAllah first time normal delivery..hohoho..Ini yang membuatkan diriku bertambah dug dag dug dag..Dengar cerita orang ada yang senang, ada yang susah..waaaaa...nebesssss

Hari2x lepas solat memang tak lupa dok berdoa Nabi Yunus dalam perut ikan tu..Harap2x rezeki aku nanti dipermudahkan...amin.. Reader2x sekalian tolong la doakan aku ye.. Kau dah bersarang blog ni ada ati nak ada reader..haha

Ok, ni hasil pencarian aku kat blog orang lain cara2x memudahkan bersalin nanti..aku main copy paste jela ye..

1. Dapatkan Kehangatan
(i) Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda. Selain itu, boleh juga gunakan botol berisi air panas.
(ii) Cara kedua adalah melalui urutan. Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.
* Semasa sakit kontraksi, usapan suami sangat perlu melegakan kesakitan. Alhamdulillah dengan adanya ayah, ibu merasa lebih kuat. Namun, ayah tidak dibenarkan lama di dalam wad T_T.

2. Pernafasan
Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s.
* Teknik bernafas ini yang ibu tercari-cari. Tarik nafas seperti biasa dan hembus melalui mulut perlahan-lahan. Sakit semasa kontraksi pada ibu tidak perlu mengambil ubat tahan sakit kerana sakitnya memang tidak tertahan lagi. Keadaannya ketika Muhammad, nanti buat mengantuk sahaja apabila sudah selesai segalanya. Targetnya adalah menyusukan anak selepas melahirkan ;).

3. Berehat
Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi.
* Semasa ini ketika Muhammad dahulu, tiada istilah rehat. Tidak boleh tidur langsung. Menggelupur di atas katil menahan sakit. Memang ubat tahan sakit tidak berfungsi langsung. Jadi, moralnya nikmatilah sakit kontraksi tersebut tanpa sebarang ubat yang tidak mendatangkan kesan.

4. Menukar Posisi
Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!
* Ini pelajaran baru buat ibu. Menurut Makcik Kayzie, pengalamannya berdiri sememangnya mempercepatkan bukaan. Bayangkanlah hanya berdiri sejam dua 10 minit sahaja, bukaan 2cm semasa jam 9 pagi jika ibu tidak silap terus menjadi 6cm, dia perlu diantar ke labour room. Moralnya, banyakkan berdiri ataupun posisi-posisi yang disebutkan di atas untuk mempercepatkan bukaan dan seterusnya melahirkan insyaAllah pasti dengan izin Allah.

Berikut disenaraikan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menangani kesakitan dan menguruskan proses pelahiran anda dengan baik:

• Dapatkan maklumat lanjut: lebih banyak yang anda tahu, lebih relakslah anda.
• Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.
• Dakap suami anda atau teman pelahiran anda.
• Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.
• Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar. (Makan kurma sembunyi-sembunyi untuk tenaga segera ketika di labour room :)
• Kipas diri anda dengan kipas elektrik.
• Mengerang dan mengadoilah: inilah satu-satunya masa anda harus menghapuskan rasa malu anda sebab mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan! (Semasa ibu, tokwan pesan supaya jangan menjerit-jerit. Jadi, ibu menangis tanpa henti dan tanpa suara menanggung kesakitan)
• Pegang tangan suami anda.
• Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.
• Berguraulah dengan suami anda; adakan perspektif positif! (Ayah boleh senyum-senyum mengajak ibu berbual, namun apakan daya, ibu tidak mampu kerana kesakitan mengatasi segala-galanya.)
• Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).
• Dengar musik untuk membantu anda relaks. (Kebiasaannya jururawat akan mengajak kita berzikir sebagai penenang)
• Bergerak untuk membuatkan anda seselesa mungkin.
• Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar (anda boleh meminta pihak hospital menyediakan bantal atau anda boleh bawa bantal anda sendiri).
• Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya,berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.
• Berfikir secara positif: 'Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya'.
• Menyoallah tentang apa yang anda kurang faham; menjadi takut akan membuatkan kesakitan menjadi lebih teruk.
• Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.
• Hembus nafas secara perlahan dengan setiap nafas.
• Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!
• Fahami rawatan yang ditawarkan; jika anda faham, anda boleh bekerjasama dan memudahkan keadaan.
• Kerap pergi ke tandas; pundi kencing yang penuh akan melambatkan pelahiran anda.
• Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.
• Cuba tidur dalam masa antara kontraksi (Ini tidak mungkin)

Sumber: http://attuffahumairah.blogspot.com/2012/06/mengatasi-sakit-melahirkan.html?m=1

Hopefully sume berjalan lancar nanti..Malam2x dah tak boleh tido lena dah..Tak selesa 1 badan..Baby, cepat kuar ye..Ibu redha je ni..

Kedengaran plak bunyi mende pecah kat dapo..angin kuat sangat tadi..ok bye..Salam isnin semua..Salam Maulidur Rasul esok 😊



posted from Bloggeroid

Links to this post