Haitu dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus pasal dunia ni hak Allah SWT. Memang menusuk di hati. Kata Ustaz Azhar, dunia ni pinjaman je dari Dia. Manusia ni ibarat penyewa je. Allah lah tokey besar alam semesta nih. Kalau ikutkan Allah la the greatest Raja untuk semua manusia. Kira kita ni kerdil sangat. Tapi kita selalu membuat kerosakan di bumi Allah. Allah tak murka terus. Kasi can kat manusia bertaubat. Tapi manusia semakin tak sedar. Masih membuat kerosakan. Tak teringin pun nak meminta maaf kat Allah. Kenapa manusia takutkan pemerintah-pemerintah, Sultan dan Raja-Raja tapi tak pula takutkan Allah? Kalau Sultan murka, sebagai rakyat, kita dah berpeluh-peluh takutkan hukuman yang bakal diterima. Tapi, sebagai hamba Allah, takda plak rasa takut hukuman yang bakal diterima. Bukan bila mati je hukuman tu akan diterima manusia. Kadang-kadang Allah bagi cash je. Bencana yang menimpa manusia salah satu kemurkaan yang ditunjukkan kepada manusia tapi manusia masih belum sedar. MasyaAllah..

Dulu, masa aku sekolah, aku berusaha hanya nak dapatkan menimbun-nimbun A dalam UPSR, PMR, SPM.. Kat sekolah memang selalu cikgu-cikgu menekankan pelajar-pelajar untuk dapatkan sebanyak A yang boleh dalam semua peperiksaan. Cikgu selalu pesan kat anak-anak murid belajar sungguh-sungguh untuk dapat keputusan cemerlang. Cikgu nak semua pelajar masuk U. Semua ada degree. Cikgu tak nak nampak sape-sape pun masuk Kolej. Aku faham maksud Cikgu tu supaya kita aim tinggi untuk berjaya. Aku dulu tak pernah teringin langsung nak masuk Kolej. Aku rasa student-student Kolej ni sume low class. Sume student yang tak layak. Sume student yang tak terpilih masuk U. Disebabkan sume gagal masuk U, tak ada pilihan lain, terpaksa masuk Kolej. Tapi, Allah bayar cash kat aku. SPM aku kantoi. Masuk form 6 tak boleh gi. Last-last, mak aku suggest masuk Kolej. Masa tuh, baru aku rasa bersyukur ada Kolej. Kolej je nak terima aku lepas permohonan kemasukan ke U aku gagal.

Aku tak salahkan cikgu. Memang kerja Cikgu-cikgu di sekolah memotivasikan pelajar untuk dapat keputusan yang cemerlang, terbilang, gemilang. Tapi, Cikgu lupa nak ingatkan pelajar-pelajar pasal NIAT.

Apa sebenarnya niat kita belajar?
Apa sebenarnya yang kita dapat bila dapat keputusan cemerlang?
Apa sebenarnya yang kita ada bila ada Diploma?
Apa sebenarnya yang kita ada bila ada Degree, Master, PHD?

Kita semua telah disogok dan disuntik dalam minda kita,

"AKU NAK DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SEBAB NAK DAPATKAN KERJA YANG BEST, GAJI YANG BESAR, KETE BESAR, UMAH BESAR"

Tapi, kita lupa NIAT sebenar kita belajar. Kita belajar sebab kita nak kejar harta dunia. Kita lupa harta dunia tak kekal. Kita lupa kita ni hak Allah. Allah yang cipta kita. Kita lupa semua kebijaksanaan kita tu semua kurniaan Allah SWT. Kita lupa niat sebenar kita belajar adalah untuk Allah. Ilmu yang kita dapat, kita gunakan untuk dapatkan kemewahan dunia, bukan untuk jalan Allah SWT.

Bila fikir-fikir balik zaman sekolah aku dulu, memang aku sedih sangat. Sebab NIAT aku sebenarnya hendak dapatkan keputusan cemerlang hanya sebab nak dapatkan pekerjaan yang bagus, gaji 4 5 angka, bukan kerana Allah SWT. MasyaAllah, sungguh jahil hambamu ini.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, terimalah taubat-taubatku. Sesungguhnya aku takut akan kemurkaanmu di atas kesalahan perbuatanku di muka bumimu. Amin.



Comments (1)

On April 26, 2012 at 3:48 PM , UmmuAleefah said...

I pon sama ... nk kerja ..nk dpt gaji besaq..huhuhu..hidup bkn nk kt cni sj..ada next life..life after death..kna byk2 collect saham