Semalam topik hotfm pasal macam mana nak tegur orang pasal kelakuan or bau badan ke mulut berbau ke.. hohoho..

Tetiba ada sorang mamat ni call. Dia cakap bini dia malas mandi. Mandi sekali je sehari. Pastu dia tegur bini dia x mau amik pusing. Last2x mamat tu ceraikan bini dia coz x tahan bau ketiak busuk malam2x nak tido. Macam klako tapi kisah benar. Huhu.

Ok, azam dalam diri sendiri, pas balik kerja WAJIB mandi. Haha..

P/s: ada jugak pemanggil laki ni dulu2x call hotfm. Putus tunang sebab xtahan asik kena cubit oleh tunang. Sakit katanya. Hihihi

posted from Bloggeroid

Links to this post
Ira dah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur setahun. Anaknya sangat comel, manja dan nakal. Gelagat anaknya sangat mencuit hati Ira dan suaminya. Mereka diibaratkan sebuah keluarga yang bahagia. Lagi-lagi dengan kehadiran anak tersebut sebagai penyeri rumahtangga mereka berdua.

Sehinggalah pada satu hari, Ira telah kelewatan period selama sebulan. Ira dah cuak kerana dia tidak bersedia menerima kedatangan ahli baru. Ini disebabkan anak pertama Ira baru berumur setahun. Doktor telah menasihati Ira supaya menjarakkan anak kedua nanti kerana anak pertama dilahirkan secara ceasarean. Ceaseran di sini bermaksud kelahiran secara pembedahan. Doktor menyarankan untuk menjarakkan kehamilan selama 2 ke 3 tahun.

Perasaan cuak Ira semakin bertambah apabila dia mendapati dirinya hamil 2 bln. Ira mengujinya sendiri menggunakan upt kit yang dibelinya di farmasi. 2 minggu sebelum itu, Ira telah menguji tetapi keputusan yang didapati ialah negatif tetapi kali ini ujian menunjukkan positif.

Ira lantas ke klinik bersebelahan pejabatnya keesokan harinya untuk mengesahkan kehamilan. Dengan penuh debarannya sambil melangkah ke bilik doktor. Apabila masuk je ke bilik doktor, doktor terus tersenyum mengatakan Ira hamil. Dalam hati Ira hepi+cuak+takut. Ira risau akan kesihatan dirinya. Risau rahim belum bersedia menampung baby.

Ira menceritakan berita tersebut kepada beberapa orang yang rapat dengannya. Ini jawapan-jawapan yang diterima oleh Ira:

Jawapan 1
Memang muka ko nampak macam pregnant pun. Ko kan takda keje lain. $%^&** je yang ko reti buat.

Jawapan 2
Ira, org2x macam kita ni(beranak czer) kalau pregnant sekarang bahaya untuk kesihatan. Saya memang berhati-hati takut lekat. Kena tunggu 2 ke 3 tahun baru sesuai.

Jawapan 3
Yeke? Alhamdulillah..syukur..bestnya dapat baby.. takpe, jangan risau lah..Allah dah tentukan dapat baby..hopefully Ira selamat..sukenya..

Jawapan 4
Alhamdulillah..kalau pompuan, aku cop baby ko jadi menantu aku. Hehe..

Jawapan 5
Ko pregnant lagi ke? Nape? Ko tak plan ke? Nape tak pakai protection? Bahayalah pregnant sekarang..

-------

Kalo la korang berada di tempat Ira, apakah perasaan korang? Sedih? Gembira? Takut?

Suami Ira berpesan "Jangan la risau sangat. Terima je lah rezeki Allah nak bagi. Kang kalau xnak terima kang Allah xnak bagi langsung dah pasni baru laaa. Saya bersedia terima. Saya akan sayang dia sama macam saya sayang anak pertama kita"

Akhirnya mungkin Allah pun tau Ira masih belum bersedia untuk menerima anak kedua, Dia decide untuk gugurkan kandungan tersebut..

(Tetiba teringat kisah Rasulullah saw yang menahan mukanya dari berkerut apabila memakan sebiji oren masam yang diberi oleh seorang perempuan semata-mata ingin menjaga hati perempuan tersebut)

P/s: sebenarnya watak Ira tersebut ialah aku
posted from Bloggeroid
Links to this post
Oh skrg tengah hot isu ptptn. Aku rasa semua alumni2x kalo sebut pasal ptptn mesti berbulu jek.. Tak kira la tengkuk ke, ketiak ke, kaki ke, dlm lubang idung ke..Terpulanglah kepada individu sekalian nak berbulu kat mana..

Student2x ipt berusaha wat mogok kat dataran merdeka minggu lepas secara besar-besaran. Motif? Sebab nak mintak kerajaan hapuskan ptptn dengan memberi pendidikan percuma! Maklum balas kerajaan? Pastilah selari dengan iklan rokok: KATAKAN TAK NAK!

Ok, masa memula dulu kerajaan putuskan nak ada 1 tabung khas pendidikan --> PTPTN, aku rasa mcm sume org setuju, bukan? Senanglah nanti anak2x muda nak sambung pelajaran ke ipt. Tak payah mak bapak pi gadai tanah semata2x anak nak masuk unibesiti.

Tetiba sekarang nak timbulkan isu pulakssssss. Kenapa sekarang? Kenapa dulu masa kerajaan umumkan nak wat tabung tu x plak bangkang sambil wat bengkang? Hohoho..

Pada pendapat aku lah kan, dah nama pun pinjaman, kena lah bayar. Even dalam perjanjian tu cakap kalo kata lah mati tapi x hbs bayar, hutang akan dikira lupus. So, ada org amik advantage dari situ. Xnak bayar. Bukan susahkan org pun bila mati nanti kan. Haha..org yg berpikiran mcm ni aku respek. Briliant! (Dalam inverted comma la..haiyoo)

Bistu sekarang ni ko sokong la cara PTPTN tu? Haaa...yang aku x sokong dan bengang part ni la.. Pinjam rm1o tapi kena bayar rm1o campo bunga 3%. Ini bukan cara islam. Ni riba! Tapi, niaga mesti mau untung maa..kalo dah pinjam rm1o bayo pun rm1o mana nak untung? Baik x payah wat tabung pelajaran. Wat rugi kerajaan je. Cit! Okkkkk...aku accept..bayo jelah bunga 3% tu..nak wat mcm mana..dah xda pilihan lain..Naseb baik kan kita ada kerajaan yang prihatin..Kalo x, kita x boleh masuk ipt. Negara x maju.. ;)

PTPTN ni sebenarnya untuk menolong rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kalo ko kaya raya, xpyh r sebuk nak meminjam kan..

Situasi 1
Azni dpt keputusan SPM 2oA. Azni nak sambung belajar. Disebabkan Azni mempunyai iq yang tinggi gaban, maka Azni nak pilih bidang kedoktoran. Azni org miskin. Mak dan ayah penoreh getah. Azni cuba untuk dapatkan biasiswa tetapi malangnya setelah beberapa tempat Azni mohon, semua ditolak kerana Ibu bapa Azni xda kabel power. Akhirnya, Azni redha masuk ipta dan meminjam ptptn.

Situasi 2
Mariam hanya mendapat 6c dalam spm. Mariam berminat untuk belajar lagi kerana Mariam x mo idup susah di kemudian hari. Mariam tahu dia tidak layak masuk ipta. Mariam memilih mana2x kolej yang mempunyai bidang yg dia minat. Mariam diterima masuk. Keluarga Mariam sederhana saja. Jadi, Mariam akhirnya meminjam ptptn utk membiayai pelajaran dan sara diri yang sebanyak rm4ok.

Situasi 3
Reza mempunyai diploma. Dia berhasrat ingin menyambung pelajarannya ke peringkat degree. Reza telah meminjam sebanyak rm26k melalui mara. Akan tetapi apabila masuk ipta, Reza telah memohon mara utk sambung pinjaman ke peringkat degree dan mara tidak meluluskan permintaan Reza. Reza akhirnya menandatanganj perjanjian pinjaman ptptn kerana terpaksa membeli buku dan membayar yuran dalam tempoh yang terdekat.

Situasi 4
Maria mempunyai keputusan spm yang agak cemerlang. Maria diterima masuk ipta dan membuat pinjaman ptptn. Akan tetapi, nasib Maria tidak begitu baik. Maria telah memilih bidang yang susah kerana pada mulanya Maria percaya dirinya mampu mendapat keputusan yang baik. Setelah 3x percubaan Maria untuk paper tersebut tidak berjaya, Maria telah ditendang dari unibesiti. Maria bingung memikirkan pinjaman yang akan naik bunga saban hari. Maria terpaksa melakukan 2 3 kerja untuk mendapatkan gaji yang tinggi spy boleh membayar balik pinjaman ptptn yang telah digunakan semasa di univesiti.

Dari situasi2x di atas, aku percaya Azni, Mariam, Reza dan Maria TERPAKSA meminjam dari ptptn kerana di Malaysia kita sedia maklum cukup susah nak dapatkan pinjaman dari mana2x institusi lain selain ptptn.

Pe2x pun rakyat harus bersyukur. Jangan lemak.
Kita negara aman.
Kalo x puas ati, jgn bising2x.
Diam2x suda.

Bak kata Dr M,

MELAYU MUDAH LUPA

p/s: sila jgn berpikiran tertutup dengan apa yg aku tulis ni. Ini adalah hujah keterbalikan. Maksud tersirat dari yang tersurat. Sekian

posted from Bloggeroid

Links to this post

Haini agak buhsan sebab xleh nak wat apa. Buddy aku dok edit2x data utk testing lagi. So, haini xda mende nak blajo. Aku dah xlarat nak baca dokumen dah. Mengantuk tahap gaban. Lgpun dah mmg aku jenih manusia xsuka membaca. Gile buhsan. Buku pelajaran haruslah baca tapi utk exam je la. Kuar je dewan terus delete. Haha..

Aku ingat lagi zaman aku darjah 1. Cikgu dok ajar huruf a for apple, b for ball, c for cat, lalala... Time tu aku ingat lagi, aku xnak blajar. Time cikgu ajar, aku akan pandang ke luar kelas. Cikgu memula xpasan. Bila dah lama2x baru dia pasan. Dia tanya aku, nape xmo blajo? Aku dgn slamber je ckp dah tau sebab dah penah blajo. Oh, sblm aku masuk darjah 1, aku dah mak aku anto blajo tadika. Dah terer dah abc tuh. Buhsan. Aku bkn jenih yg suka repeat mende yg sama. Xda buku pelajaran yg aku repeat baca. Sume sekali je baca. Masa bc tu terus aku wat point kat tepi or kat buku nota. Aku cuma akan baca point tu balik bila nak exam n kaki aku akan naik atas dinding sambil hafal point2x tersebut. Hahaha. Majalah aku leh repeat byk kali. Tapi, tu bila aku dok termenung dlm jamban je. Kikiki

Ok, berbalik tajuk asal. Aku ni suke melalut x tentu hala kan..haha..

Sunan musafir akan kuar x lama lagi!!!! Yeyeye...x sabo nak pi beli.. ni novel yang terakhir kisah laksamana sunan ni. Aku mmg kumpul r setiap novel abang ramlee. Novel dia bukan cintan cintun. Tu yg best tu. Novel dia novel triller. Best sgt. Plg best kisah sunan la. Sedey plak sebab ni novel yg terakhir..huhuhu..

X sabonyeeeee 27hb April ni..ada pameran buku antarabangsa. (credit to http://www.bandarseriputra.info)

Masa tu lah nanti abg ramlee turun melancarkan novel tersebut.

I love Sunan...

Wait for meeeeee!!!!

P/s: Pak Jeh mmg berbulu je kalo sebut pasal abg ramlee..haha..ai x pedulik..xkira pape terjadi..ai nak pi jumpe abg ramlee 27hb ni..yezza..

posted from Bloggeroid

Links to this post
Owh..last skali aku pi makan seafood kat flaming sunway, subang masa aku bujang trang tang2x dulu. Gila dah lama..haha..Memang banyak choice tapi kurang selesa and kelam kabut kalo ramai sangat orang. Kalau x ramai tu mungkin best r kot. Tapi kita dah bayar mahal mesti lah nak yang terbaik kan? Kalau dah ramai2x tu berserabut ada la. Rasa x berbaloi dengan rege yang dibayar coz bila dah ramai banyak makanan dah hbs. Yang tinggal sume yang x brapa best. Huhuhu

Kebetulan groupon ada wat discount kat restoran flaming. Pa Jeh pun ajak den pi makan seafood sebab aku dok bising nak makan tapi asik x jadi je coz Pak Jeh x suka sangat seafood. Dia suka darat food je iaitu AYAM. Huhuhuhu...pasrah jela dapat laki yang suka mkn ayam..sob3x

Patutnya 1 kepala rm26 kot. Tapi sebab pakai groupon tu dapat la murah sket. Flaming dah ada bukak cawangan baru kat shah alam seksyen 33 kalo x silap. Memula pikir2x mesti cam x banyak makanan cam kat sunway tu coz baru bukak kan.. Last2x decided xpe lah.. try lah pulak kat shah alam tu. Sebab kat sunway dah 2 kali pi. Saja nak tukar angin plak.

Kitorang pi jumat malam. Balik je keje terus zrroommmmmm..tercari-cari jugak la coz aku x biasa area seksyen 2o+ shah alam ni. Bese area2x uitm jek. Xpe lah..kite redaaaahh je la kan.. Nak pi makan pun suka2x. Haruslah x bley tensi2x. Spoil mood kang..hihi

Bila sampai je, tgk dari luar, wahhhh besar jugak kedai dia.. di luar jangkaan. Memang gah la. X sabo nak makan nihhhh..

Pas bg voucher kat kaunter, trus org tu suh naik atas. Jangan tertipu dgn suasana bwh kedai coz bwh tu.xda org. Skali naik, tgk2x dah ada 4 5 meja org tgh makan..haha..(oh ya, kedai tu 2 tingkat). Apa lagi...tawaf sume makanan..pastu besedia utk menyerangggg...hihihihi

Tempat mmg best
Makanan seafood best. Byk choice
Layanan pun ok
Tandas pun ada
Nasi, mee pun ada
Plg best, aiskrim pun byk choice!

Waaaa...mmg best lah...aku mmg rekemen sape2x yg nk mkn seafood steambot mmg terbaek lah..5 bintang aku bg.


masih mampu tersenyum bersama perut yang kenyang.
(ni lah gambo terakhir bersama jam tangan. esoknya hilang kat ipoh..hoho)

Ini lah hasil seafood yang telah berjaya dibaham oleh aku sorg..hoho


1 pinggan tu aku je melantak. Pak Jeh pny makanan sume jenih yang xda meninggalkan kesan. haha

Oh, pakcik tu tgh ambik seafood. hehe. banyak lg makanan sebelah sana

Tempat duduk yang selesa dan luas

Time nak balik bergambo kat luar restoran

P/s: kena dtg time xramai org baru best

posted from Bloggeroid

Links to this post
Afiqah dah pandai sebut 2 meaningful word. Tau apa? No no mo..bukan ayah atau ibu. Opah atau atok pun bukan. Tokwan pun jugak salah. Jawapannya.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

PECAH!!!!

Hahaha..lama aku pikir nape dia leh sebut perkataan tu..mana dia dapat? Rupa-rupanya masa dia mandi..aku slalu wat buih sabun kat tangan pastu tiup jadi belon. Pastu kang afiqah akan pecahkan belon tu dgn tangan dia and aku akan sebut "pecahhhhhh". Memang dia akan gelak and senyum lebar-lebar time aku sebut pecah tu.. Rupanya itu moment yang paling dia suka kot dan selalu don dalam ingatan dia. Hihi..

I love u very much my dear..miss u..

P/s: jangan la ckp word pelik2x. Sume mende dia record dalam.memori si anak kecil.

posted from Bloggeroid

Links to this post
Dulu masa aku keja kat kampeni yyy sempat la jgk aku tgk tv9 pagi2x ada rancangan tanyalah ustaz. Memang best2x topik yang diutarakan. Tambah2x bila topik kekeluargaan. ;)

Sekarang jgn harap la nak tgk tv pagi2x. Kelam kabut nak pi keja. Awal2x pagi baru je matahari nak naik dah kena bergegas ke tempat keja. Nak kejarkan punch card Pak Jeh pukul 8.

Ok, dari aku merepek tak tentu hala kita berbalik pada topik pagi tadi. Haini sempat tgk kejap je. Topik haini pasal kematian. Setiap umat PASTI akan mati. Masa dan ketikanya yang dirahsiakan oleh Allah SWT. Tak kira muda atau tua masing-masing mestilah bersedia menghadapi kematian. Persoalannya, bersediakah kita? Hari-hari sebuk mencari rezeki dunia. Bekalan akhirat nanti sudah cukupkah? Sejenak aku menginsafi diri sendiri..

Ada seorang hamba bertanya kepada Ustaz, "bolehkah Ustaz huraikan bagaimanakah mati syahid?" Semua orang islam di dunia ni rasanya nak mati syahid. Siapa yg tak nak? Allah dah menjanjikan syurga utk org yg mati syahid, bukan? Ustaz tersebut menerangkan ada 3 jenis mati syahid

1. Syahid dunia dan akhirat
Iaitu mati semasa peperangan dgn niat kerana Allah dan menegakkan agama Allah.

2. Syahid akhirat
Iaitu mati semasa lemas, kebakaran, penyakit taun, melahirkan anak. Allah akan mengiranya di akhirat kelak.

3. Syahid dunia
Iaitu mati semasa peperangan tetapi niatnya hendak menunjuk-nunjuk bhw dirinya hebat, bukan niat kerana Allah. Maka, pada mata manusia sahaja nmpk syahid.

Itulah serba ringkas ilmu yg aku dpt haini. InsyaAllah mudah-mudahan kawan-kawan, sahabat, sedara kita semasa kematian kelak datangnya malaikat mengambil nyawa dgn wajah berseri2x..amin ya rabbal alamin..

P/s: Smoga roh2x umat islam yg telah meninggal ditempatkan bersama org2x yg beriman. Jom bertaubat sebelum terlambat.

posted from Bloggeroid

Links to this post
Rasanya dah lama gile pakai skrin siput tu..dari tahun 2oo8 or 2oo9 kot..itupun jenuh cik intan liyana ajo camna nak tukar layout..hihi..almaklumla..nama jek dak komputer tp gile malas nak membelek IT2x nih..kekeke

Malam td dengan semangatnya aku google " free blog template". Ada la tgk 2 3 url..kali ni x lama pun aku amik masa nak pilih mana 1..coz bateri laptop ni bkn leh tahan lama2x..sebab haitu separuh bateri aku dah guna daftar e-filing..huhu

At last, tadaaa...ni lah layout baru..yey..walaupun kena touch up sket2x aom, jadi lah wat haini..laptop pun dah kuar pop up message tinggai 7% lagi..maka mana yang sompek tu, sompek la yo..

Okeh, x payah dok merepek banyak sangat..hari dah malam..mari kita tido..hoho..

P/s: doa tido jgn lupa baca ye sblm tido. Solat isyak dah ke belum? Bagi yang belum, silalah pi solat sekarang ye..ana sudah mau tido..nunite..
Assalamualaikum!

posted from Bloggeroid

Links to this post