Oh skrg tengah hot isu ptptn. Aku rasa semua alumni2x kalo sebut pasal ptptn mesti berbulu jek.. Tak kira la tengkuk ke, ketiak ke, kaki ke, dlm lubang idung ke..Terpulanglah kepada individu sekalian nak berbulu kat mana..
Student2x ipt berusaha wat mogok kat dataran merdeka minggu lepas secara besar-besaran. Motif? Sebab nak mintak kerajaan hapuskan ptptn dengan memberi pendidikan percuma! Maklum balas kerajaan? Pastilah selari dengan iklan rokok: KATAKAN TAK NAK!
Ok, masa memula dulu kerajaan putuskan nak ada 1 tabung khas pendidikan --> PTPTN, aku rasa mcm sume org setuju, bukan? Senanglah nanti anak2x muda nak sambung pelajaran ke ipt. Tak payah mak bapak pi gadai tanah semata2x anak nak masuk unibesiti.
Tetiba sekarang nak timbulkan isu pulakssssss. Kenapa sekarang? Kenapa dulu masa kerajaan umumkan nak wat tabung tu x plak bangkang sambil wat bengkang? Hohoho..
Pada pendapat aku lah kan, dah nama pun pinjaman, kena lah bayar. Even dalam perjanjian tu cakap kalo kata lah mati tapi x hbs bayar, hutang akan dikira lupus. So, ada org amik advantage dari situ. Xnak bayar. Bukan susahkan org pun bila mati nanti kan. Haha..org yg berpikiran mcm ni aku respek. Briliant! (Dalam inverted comma la..haiyoo)
Bistu sekarang ni ko sokong la cara PTPTN tu? Haaa...yang aku x sokong dan bengang part ni la.. Pinjam rm1o tapi kena bayar rm1o campo bunga 3%. Ini bukan cara islam. Ni riba! Tapi, niaga mesti mau untung maa..kalo dah pinjam rm1o bayo pun rm1o mana nak untung? Baik x payah wat tabung pelajaran. Wat rugi kerajaan je. Cit! Okkkkk...aku accept..bayo jelah bunga 3% tu..nak wat mcm mana..dah xda pilihan lain..Naseb baik kan kita ada kerajaan yang prihatin..Kalo x, kita x boleh masuk ipt. Negara x maju.. ;)
PTPTN ni sebenarnya untuk menolong rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kalo ko kaya raya, xpyh r sebuk nak meminjam kan..
Situasi 1
Azni dpt keputusan SPM 2oA. Azni nak sambung belajar. Disebabkan Azni mempunyai iq yang tinggi gaban, maka Azni nak pilih bidang kedoktoran. Azni org miskin. Mak dan ayah penoreh getah. Azni cuba untuk dapatkan biasiswa tetapi malangnya setelah beberapa tempat Azni mohon, semua ditolak kerana Ibu bapa Azni xda kabel power. Akhirnya, Azni redha masuk ipta dan meminjam ptptn.
Situasi 2
Mariam hanya mendapat 6c dalam spm. Mariam berminat untuk belajar lagi kerana Mariam x mo idup susah di kemudian hari. Mariam tahu dia tidak layak masuk ipta. Mariam memilih mana2x kolej yang mempunyai bidang yg dia minat. Mariam diterima masuk. Keluarga Mariam sederhana saja. Jadi, Mariam akhirnya meminjam ptptn utk membiayai pelajaran dan sara diri yang sebanyak rm4ok.
Situasi 3
Reza mempunyai diploma. Dia berhasrat ingin menyambung pelajarannya ke peringkat degree. Reza telah meminjam sebanyak rm26k melalui mara. Akan tetapi apabila masuk ipta, Reza telah memohon mara utk sambung pinjaman ke peringkat degree dan mara tidak meluluskan permintaan Reza. Reza akhirnya menandatanganj perjanjian pinjaman ptptn kerana terpaksa membeli buku dan membayar yuran dalam tempoh yang terdekat.
Situasi 4
Maria mempunyai keputusan spm yang agak cemerlang. Maria diterima masuk ipta dan membuat pinjaman ptptn. Akan tetapi, nasib Maria tidak begitu baik. Maria telah memilih bidang yang susah kerana pada mulanya Maria percaya dirinya mampu mendapat keputusan yang baik. Setelah 3x percubaan Maria untuk paper tersebut tidak berjaya, Maria telah ditendang dari unibesiti. Maria bingung memikirkan pinjaman yang akan naik bunga saban hari. Maria terpaksa melakukan 2 3 kerja untuk mendapatkan gaji yang tinggi spy boleh membayar balik pinjaman ptptn yang telah digunakan semasa di univesiti.
Dari situasi2x di atas, aku percaya Azni, Mariam, Reza dan Maria TERPAKSA meminjam dari ptptn kerana di Malaysia kita sedia maklum cukup susah nak dapatkan pinjaman dari mana2x institusi lain selain ptptn.
Pe2x pun rakyat harus bersyukur. Jangan lemak.
Kita negara aman.
Kalo x puas ati, jgn bising2x.
Diam2x suda.
Bak kata Dr M,
MELAYU MUDAH LUPA
p/s: sila jgn berpikiran tertutup dengan apa yg aku tulis ni. Ini adalah hujah keterbalikan. Maksud tersirat dari yang tersurat. Sekian
posted from Bloggeroid