Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Assalamualaikum!! Dah lama x update blog..haha..Dah berkulat rasanya..Al maklum la..Tuan tanah pemalas tapi gatai nak berblog. Orang sebuk buat blog kau pun sebuk. Pastu malas. Kuang3x..

Update terkini...ialah daku menunggu hari nak meletups je ni..For second baby taaaaapppiiii InshaAllah first time normal delivery..hohoho..Ini yang membuatkan diriku bertambah dug dag dug dag..Dengar cerita orang ada yang senang, ada yang susah..waaaaa...nebesssss

Hari2x lepas solat memang tak lupa dok berdoa Nabi Yunus dalam perut ikan tu..Harap2x rezeki aku nanti dipermudahkan...amin.. Reader2x sekalian tolong la doakan aku ye.. Kau dah bersarang blog ni ada ati nak ada reader..haha

Ok, ni hasil pencarian aku kat blog orang lain cara2x memudahkan bersalin nanti..aku main copy paste jela ye..

1. Dapatkan Kehangatan
(i) Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda. Selain itu, boleh juga gunakan botol berisi air panas.
(ii) Cara kedua adalah melalui urutan. Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.
* Semasa sakit kontraksi, usapan suami sangat perlu melegakan kesakitan. Alhamdulillah dengan adanya ayah, ibu merasa lebih kuat. Namun, ayah tidak dibenarkan lama di dalam wad T_T.

2. Pernafasan
Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s.
* Teknik bernafas ini yang ibu tercari-cari. Tarik nafas seperti biasa dan hembus melalui mulut perlahan-lahan. Sakit semasa kontraksi pada ibu tidak perlu mengambil ubat tahan sakit kerana sakitnya memang tidak tertahan lagi. Keadaannya ketika Muhammad, nanti buat mengantuk sahaja apabila sudah selesai segalanya. Targetnya adalah menyusukan anak selepas melahirkan ;).

3. Berehat
Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi.
* Semasa ini ketika Muhammad dahulu, tiada istilah rehat. Tidak boleh tidur langsung. Menggelupur di atas katil menahan sakit. Memang ubat tahan sakit tidak berfungsi langsung. Jadi, moralnya nikmatilah sakit kontraksi tersebut tanpa sebarang ubat yang tidak mendatangkan kesan.

4. Menukar Posisi
Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!
* Ini pelajaran baru buat ibu. Menurut Makcik Kayzie, pengalamannya berdiri sememangnya mempercepatkan bukaan. Bayangkanlah hanya berdiri sejam dua 10 minit sahaja, bukaan 2cm semasa jam 9 pagi jika ibu tidak silap terus menjadi 6cm, dia perlu diantar ke labour room. Moralnya, banyakkan berdiri ataupun posisi-posisi yang disebutkan di atas untuk mempercepatkan bukaan dan seterusnya melahirkan insyaAllah pasti dengan izin Allah.

Berikut disenaraikan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menangani kesakitan dan menguruskan proses pelahiran anda dengan baik:

• Dapatkan maklumat lanjut: lebih banyak yang anda tahu, lebih relakslah anda.
• Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.
• Dakap suami anda atau teman pelahiran anda.
• Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.
• Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar. (Makan kurma sembunyi-sembunyi untuk tenaga segera ketika di labour room :)
• Kipas diri anda dengan kipas elektrik.
• Mengerang dan mengadoilah: inilah satu-satunya masa anda harus menghapuskan rasa malu anda sebab mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan! (Semasa ibu, tokwan pesan supaya jangan menjerit-jerit. Jadi, ibu menangis tanpa henti dan tanpa suara menanggung kesakitan)
• Pegang tangan suami anda.
• Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.
• Berguraulah dengan suami anda; adakan perspektif positif! (Ayah boleh senyum-senyum mengajak ibu berbual, namun apakan daya, ibu tidak mampu kerana kesakitan mengatasi segala-galanya.)
• Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).
• Dengar musik untuk membantu anda relaks. (Kebiasaannya jururawat akan mengajak kita berzikir sebagai penenang)
• Bergerak untuk membuatkan anda seselesa mungkin.
• Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar (anda boleh meminta pihak hospital menyediakan bantal atau anda boleh bawa bantal anda sendiri).
• Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya,berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.
• Berfikir secara positif: 'Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya'.
• Menyoallah tentang apa yang anda kurang faham; menjadi takut akan membuatkan kesakitan menjadi lebih teruk.
• Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.
• Hembus nafas secara perlahan dengan setiap nafas.
• Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!
• Fahami rawatan yang ditawarkan; jika anda faham, anda boleh bekerjasama dan memudahkan keadaan.
• Kerap pergi ke tandas; pundi kencing yang penuh akan melambatkan pelahiran anda.
• Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.
• Cuba tidur dalam masa antara kontraksi (Ini tidak mungkin)

Sumber: http://attuffahumairah.blogspot.com/2012/06/mengatasi-sakit-melahirkan.html?m=1

Hopefully sume berjalan lancar nanti..Malam2x dah tak boleh tido lena dah..Tak selesa 1 badan..Baby, cepat kuar ye..Ibu redha je ni..

Kedengaran plak bunyi mende pecah kat dapo..angin kuat sangat tadi..ok bye..Salam isnin semua..Salam Maulidur Rasul esok 😊



posted from Bloggeroid

Comments (0)