Aku mmg selalu dpt penyakit nih..So, nak tau jgk info apekah penyakit nih sbnrnya..Aku pun google lah..Sile baca info di bawah pasal ulser ni ye..:-P


PUNCA-PUNCA

Penyebab utama masih belum diketahui dengan jelas. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dikaitkan dengan ulser:

  • Kecederaan pada dinding mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam (tulang ikan), makanan atau minuman yang terlalu panas, rawatan pergigian, bahan kimia (aspirin, alkohol, sodium laryl sulfate)
  • tahap immuniti yang rendah
  • jangkitan kulat (Coccidiodes immitis, Cryptococcus neoformans, Blastomyces dermatitis)
  • jangkitan bakteria (Mycobacterium tuberculosis, Treponema pallidum)
  • jangkitan virus (Herpes Simplex Virus, Varicella Zoster, Coxsackie A Virus)
  • stress
  • penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti Penyakit Crohn, Penyakit Coeliac, SLE, Ulcerative Colitis
  • kekurangan vitamin C
  • kekurangan vitamin B12
  • penyakit autoimmuniti- Mukus Membran Pemphigoid
  • kanser oral
  • kitaran haid
  • alahan terhadap makanan (contoh: nanas)
  • pengambilan steroid
  • dehidrasi yang keterlaluan
RAWATAN & PENCEGAHAN

    1. Pengambilan analgesik seperti parasetamol dapat mengurangngkan sakit
    2. Rawatan laser dikatakan paling berkesan mengurangkan kesakitan dan merawat ulser dalam tempoh 24-72jam.
    3. Debacterol-mengandungi asid yang dapat membunuh bakteria di kawasan ulser.
    4. Bonjela-sejenis gel yang dapat mengurangkan kesakitan.
    5. Rawatan tradisional seperti meletakan uncang teh di kawasan ulser dapat mungurangkan kesakitan.
    6. Mengamalkan diet yang seimbang terutamanya pengambilan vitamin dan asid folik. Vitamin A & D bagus untuk kesihatan lapisan mulut. Vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
    7. Meningkatkan tahap kebersihan oral termasuklah penggunaan bahan kumuh yang antiseptik.
    8. Elakkan makanan dan minuman yang terlalu panas.
    9. Bawa bertenang dapat mengurangkan stress.
    10. Elakkan penggunaan ubat gigi yang mengandungi Sodium Lauryl Sulphate(SLS).
    11. Makanan seperti yogurt dan probiotic dapat mengimbangkan bilangan bakteria baik dalam tubuh.
    12. Minum air dengan banyak
Selamat menginfokan diri..:-P

Comments (3)

On October 29, 2008 at 11:42 AM , pestisid said...

pergi klinik mediviron kat equine.aritu aku ulcer sminggu lbih.ade 3 bijik ulcer kat lidah plak tuh.ko mtk je ubat titik tu kat nurse tu(nurse kot).ubat tu x sakit.part sakit ko titik tu akan rs kebas tp bile nak makan smue tu takde mslh sbb sakit berkurang.

 
On October 30, 2008 at 4:52 PM , baanu said...

hi cik dd,
anda d'tag jugak!!

 
On September 24, 2013 at 12:29 PM , Anonymous said...

Minum je 100 plus: insyallah 3 hari cepat sembuh :)