Assalamualaikum..Dua minggu lepas aku ajak Pak Jeh pegi makan kat kedai makan Sup Urat Keting kat Seksyen 7, Bangi..Bangi memang terkenal dengan port makan sedap2x..Saja je nak try sebab penah nak singgah tapi tak jadik sebab ramai org sangat..So, kitorg pegi makan kedai belakang dia jek..Ok jugak kedai belakang tu...Banyaaaakkk gila pilihan lauk dia..Nama kedai aku tak amik port lak..Korang pegi la pusing2x area situ..Memang ramai jugak kedai tu..Harga pun boleh tahan..

Kedai Sup Urat Keting dalam singkatannya Sup UK, nih harganya agak mahal aku rasa..Aku makan sup urat keting tu rege RM8 1 mangkuk, Pak Jeh makan sup daging RM6 1 mangkuk, nasik putih 2 pinggan, pastu aku ada amik lauk udang masak lemak nenas sikit (utk Afiqah since dia suka udang, xkan nak bagi urat keting kat dia plak kan..haha), minum air teh ais 1, teh o ais 1, Total RM26. Kitorg order sate ayam 10 cucuk..RM7, yang ni bayar asing kat kedai sebelah. So, makan tengahari kitorg yang x seberapa haritu ialah RM32. Memang tersangatlah mahal aku rasa...Sup dia sedap. Tapi, aku rasa tu kali pertama dan terakhir la kot makan situ..haha

Kalo nak try, leh je korang pegi..leh pegi kat link nih..Banyak info2x pasal makan kat blog dia..aku jumpa pun gugel2x jap tadi..Credit to blog http://kucingorengemok.blogspot.hk/2009/11/sate-urat-ketin.html.

Topiknya bukanlah pada kedai tu, time aku makan tu, aku pandang kiri kanan..Sekali ternampak hiasan di dinding kedai tu..Aku baca 1 per 1 ayat dia..memang tersentuh di hati..Kalaulah Rasulullah SAW masih hidup sekarang, mesti umat Islam hidup dalam keadaan yang mengikut landasanNya.. :-(
Kat bawah ni aku tempek balik apa pesanan terakhir Rasulullah SAW buat umat2x nya..Semoga ianya menjadi pengajaran dan peringatan buat kita semua umat Islam yang semakin jauh..Marilah kita merindui Rasulullah SAW dan mengerjakan apa yang diamanat oleh baginda.. Semoga kita tidak lagi tersasar dari ajaranNya..In Shaa Allah..

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Wallahualam


Comments (1)

On September 23, 2013 at 3:55 AM , cahya said...

Maaf nak komen sikit. Hihi... ok daa tu RM8 semangkuk urat keting. Diorang rebus dh 4jam... berbaloi la klu mkn. Urat keting sekilo dh Rm20 lbh di pasaran... klu restoran lain boleh ke jual Rm8 dgn keadaan ekonomi skrg?heeheiiii...