Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hohoho...haini dah sampai bungkusan Miracle Hot Choc kat opiz pagi tadi..Dengan semangat jayanya membukak bungkusan tersebut..Dah baca katalog bagai, rupa-rupanya hot choc tu kene amik 30mins before breakfast.. Melepas la..Dah brekpes megi cup dh pagi tadi..Xpe2x..kite mule esok...Haini mentekedarah habis-habisan dulu...wakaka

Kot ye pun sok nak mkn ubat kuruih, dinner tadi aku mencekik chicken chop ngan Pak Jeh kat bangi...Haish..Camne la badan dok kuruih..hmmmm...Nafsu xleh nak kawal tol...Xtau dah nak watpe..Aku mmg suke tol makanan...Tambah-tambah eskrem ke, kek cheese ke...wah...teliuq-liuq nih..

Ha..maka bermula lah episod menguruihkan diri starting from tomorrow..Bulan depan kalo badan aku menten gak, xpun lg betambah tingkat kondo perut aku nih, kompem aku rijek hot choc nih..Aku nak tgk tahap mana miracle hot choc nih...Slamat berjaya Puan Noor Diana bt Abdullah...Lalallalalla~

Nih aku tempek gambo hot cekelat tuh...Aku bli kat fesbuk jek..Tetiba ternampak org tu post..Dia ejen hot choc tuh..Pasni kalo aku kerempeng, leh r aku jadik dealer kat putrajaya plak...Hohohoho...Angan-angan tinggi betui Makcik Senah nih...Tapi, kata orang, kejayaan seseorang tu bermula dengan angan-angan kan? wakakaka...Malam ni sile berangan lagi sambil makan bege cheese..Erk

Ni ha hot choc nye...Xpayah bancuh2x katanya...Tonggang kapla, tauk ja serbuk cekelat tu masuk tekak...Minum standard r...Mana-mana product pun dia suh minum air banyak...Apa motif, xtau la..Sehari dia suh minum 3 liter...Elakkan makanan bergoreng, air berkafen...Hmmmm...kalo dah elak makanan bergoreng, xmakan hot cekelat pun leh kuruih...ye dak? Xpa lah...kite cube..

OK...Sile tunggu apdet aku lg sebulan ye...Kite tgk result die cane...berjaya ke tak...Dia ckp dlm sebulan leh turun 10kg kan...Tungggguuuuuuu
Tetibe nak post..Dah lama x post idea kan...

Aku mmg suka baca info-info merapu camni..Macam kena je research yg dorg wat..hehe

============AKU =================

Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah


==================LAKI AKU ====================

Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.



Hohoho...dua sifat yang berbeza..Jap..Nak google kalo anak tengah kawen anak sulung jadik apa..Dulu xsempat nak wat research.. Main kawen camtu je...wakaka

------------

Credit to http://www.silampuneon.com/2010/08/gersang-mencari-pasangan-hidup-tips.html

Falsafah orang tua tua 1
  • Anak sulung tak sesuai berkahwin dengan pasangan anak sulung. Alasannya, dua dua ada sifat yang sama macam manja dan keras kepala.
Falsafah orang tua tua 2
  • Anak bongsu kena elakkan mencari pasangan yang sama sama bongsu gak. Alasannya, dua dua bongsu ni sukar nak kawal situasi. Anak bongsu juga perlu elakkan berpasangan dengan anak tunggal. Konsepnya same, je dua dua sama sama manja dan perlukan perhatian
Falsafah orang tua tua 3
  • Anak sulung serasi dengan anak tunggal. Dengan syarat, anak sulung tak boleh begitu tegas orangnya sebab anak tunggal selalunya manja.
Falsafah orang tua tua 4

Anak tengah yang berpasangan dengan anak tengah dikatakan serasi, sepadan, merpati dua sejoli ! Pasangan ini saling melengkapi sebab salah seorang mesti cenderung macam anak sulung dan seorang lagi cenderung macan anak bongsu.

---------------

Hohoho...xde plak dalam senarai falasah org tua2x...haha..korg ado? :-P

~ Umah Tepen yang akan tinggal kenangan..huhuhu ~