Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Ira dah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur setahun. Anaknya sangat comel, manja dan nakal. Gelagat anaknya sangat mencuit hati Ira dan suaminya. Mereka diibaratkan sebuah keluarga yang bahagia. Lagi-lagi dengan kehadiran anak tersebut sebagai penyeri rumahtangga mereka berdua.

Sehinggalah pada satu hari, Ira telah kelewatan period selama sebulan. Ira dah cuak kerana dia tidak bersedia menerima kedatangan ahli baru. Ini disebabkan anak pertama Ira baru berumur setahun. Doktor telah menasihati Ira supaya menjarakkan anak kedua nanti kerana anak pertama dilahirkan secara ceasarean. Ceaseran di sini bermaksud kelahiran secara pembedahan. Doktor menyarankan untuk menjarakkan kehamilan selama 2 ke 3 tahun.

Perasaan cuak Ira semakin bertambah apabila dia mendapati dirinya hamil 2 bln. Ira mengujinya sendiri menggunakan upt kit yang dibelinya di farmasi. 2 minggu sebelum itu, Ira telah menguji tetapi keputusan yang didapati ialah negatif tetapi kali ini ujian menunjukkan positif.

Ira lantas ke klinik bersebelahan pejabatnya keesokan harinya untuk mengesahkan kehamilan. Dengan penuh debarannya sambil melangkah ke bilik doktor. Apabila masuk je ke bilik doktor, doktor terus tersenyum mengatakan Ira hamil. Dalam hati Ira hepi+cuak+takut. Ira risau akan kesihatan dirinya. Risau rahim belum bersedia menampung baby.

Ira menceritakan berita tersebut kepada beberapa orang yang rapat dengannya. Ini jawapan-jawapan yang diterima oleh Ira:

Jawapan 1
Memang muka ko nampak macam pregnant pun. Ko kan takda keje lain. $%^&** je yang ko reti buat.

Jawapan 2
Ira, org2x macam kita ni(beranak czer) kalau pregnant sekarang bahaya untuk kesihatan. Saya memang berhati-hati takut lekat. Kena tunggu 2 ke 3 tahun baru sesuai.

Jawapan 3
Yeke? Alhamdulillah..syukur..bestnya dapat baby.. takpe, jangan risau lah..Allah dah tentukan dapat baby..hopefully Ira selamat..sukenya..

Jawapan 4
Alhamdulillah..kalau pompuan, aku cop baby ko jadi menantu aku. Hehe..

Jawapan 5
Ko pregnant lagi ke? Nape? Ko tak plan ke? Nape tak pakai protection? Bahayalah pregnant sekarang..

-------

Kalo la korang berada di tempat Ira, apakah perasaan korang? Sedih? Gembira? Takut?

Suami Ira berpesan "Jangan la risau sangat. Terima je lah rezeki Allah nak bagi. Kang kalau xnak terima kang Allah xnak bagi langsung dah pasni baru laaa. Saya bersedia terima. Saya akan sayang dia sama macam saya sayang anak pertama kita"

Akhirnya mungkin Allah pun tau Ira masih belum bersedia untuk menerima anak kedua, Dia decide untuk gugurkan kandungan tersebut..

(Tetiba teringat kisah Rasulullah saw yang menahan mukanya dari berkerut apabila memakan sebiji oren masam yang diberi oleh seorang perempuan semata-mata ingin menjaga hati perempuan tersebut)

P/s: sebenarnya watak Ira tersebut ialah aku
posted from Bloggeroid

Comments (7)

On April 26, 2012 at 11:20 AM , diana abdullah said...

Haha..taun dpn kite bwk perut skali ek..aim nk anak 1o org ni..tercapaikah? Kui3x

 
On April 26, 2012 at 3:28 PM , MakAleefahIrfanAkeefah said...

diana,
hihihi..
tukar jadi nama ira plak eh?
takpa..kalo dpt kira rezeki lah kan..dh allah kata kun fa yakun..jadi maka jadilah..hihihi

 
On April 26, 2012 at 3:49 PM , diana abdullah said...

Hehe..bese r..wat stori sket..buhsan asik direct je cite..:P

 
On April 26, 2012 at 11:07 PM , Anonymous said...

Anak ramai tak pe. Laman rumah Opah dah luas. He3x!!!!

 
On April 27, 2012 at 10:10 AM , diana abdullah said...

Best la opah moden nih..berpandangan jauh..dah leh imagine cucu 3o org berlari2x dlm umah..hihi

 
On July 22, 2013 at 11:53 AM , Norlee said...

so sis gugurkan ker.. yg ending tu sy kurang phm. sy pn berada dlm situasi sis sekarang mintak shre sis..

 
On March 4, 2015 at 11:00 AM , Cik Puan Dianna said...

kenapa kandungan tu gugur ye? bleh tahu..sesungguhnya Allah perancang terbaik.