Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts
Assalamualaikum!! Dah lama x update blog..haha..Dah berkulat rasanya..Al maklum la..Tuan tanah pemalas tapi gatai nak berblog. Orang sebuk buat blog kau pun sebuk. Pastu malas. Kuang3x..

Update terkini...ialah daku menunggu hari nak meletups je ni..For second baby taaaaapppiiii InshaAllah first time normal delivery..hohoho..Ini yang membuatkan diriku bertambah dug dag dug dag..Dengar cerita orang ada yang senang, ada yang susah..waaaaa...nebesssss

Hari2x lepas solat memang tak lupa dok berdoa Nabi Yunus dalam perut ikan tu..Harap2x rezeki aku nanti dipermudahkan...amin.. Reader2x sekalian tolong la doakan aku ye.. Kau dah bersarang blog ni ada ati nak ada reader..haha

Ok, ni hasil pencarian aku kat blog orang lain cara2x memudahkan bersalin nanti..aku main copy paste jela ye..

1. Dapatkan Kehangatan
(i) Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda. Selain itu, boleh juga gunakan botol berisi air panas.
(ii) Cara kedua adalah melalui urutan. Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.
* Semasa sakit kontraksi, usapan suami sangat perlu melegakan kesakitan. Alhamdulillah dengan adanya ayah, ibu merasa lebih kuat. Namun, ayah tidak dibenarkan lama di dalam wad T_T.

2. Pernafasan
Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s.
* Teknik bernafas ini yang ibu tercari-cari. Tarik nafas seperti biasa dan hembus melalui mulut perlahan-lahan. Sakit semasa kontraksi pada ibu tidak perlu mengambil ubat tahan sakit kerana sakitnya memang tidak tertahan lagi. Keadaannya ketika Muhammad, nanti buat mengantuk sahaja apabila sudah selesai segalanya. Targetnya adalah menyusukan anak selepas melahirkan ;).

3. Berehat
Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi.
* Semasa ini ketika Muhammad dahulu, tiada istilah rehat. Tidak boleh tidur langsung. Menggelupur di atas katil menahan sakit. Memang ubat tahan sakit tidak berfungsi langsung. Jadi, moralnya nikmatilah sakit kontraksi tersebut tanpa sebarang ubat yang tidak mendatangkan kesan.

4. Menukar Posisi
Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!
* Ini pelajaran baru buat ibu. Menurut Makcik Kayzie, pengalamannya berdiri sememangnya mempercepatkan bukaan. Bayangkanlah hanya berdiri sejam dua 10 minit sahaja, bukaan 2cm semasa jam 9 pagi jika ibu tidak silap terus menjadi 6cm, dia perlu diantar ke labour room. Moralnya, banyakkan berdiri ataupun posisi-posisi yang disebutkan di atas untuk mempercepatkan bukaan dan seterusnya melahirkan insyaAllah pasti dengan izin Allah.

Berikut disenaraikan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menangani kesakitan dan menguruskan proses pelahiran anda dengan baik:

• Dapatkan maklumat lanjut: lebih banyak yang anda tahu, lebih relakslah anda.
• Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.
• Dakap suami anda atau teman pelahiran anda.
• Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.
• Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar. (Makan kurma sembunyi-sembunyi untuk tenaga segera ketika di labour room :)
• Kipas diri anda dengan kipas elektrik.
• Mengerang dan mengadoilah: inilah satu-satunya masa anda harus menghapuskan rasa malu anda sebab mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan! (Semasa ibu, tokwan pesan supaya jangan menjerit-jerit. Jadi, ibu menangis tanpa henti dan tanpa suara menanggung kesakitan)
• Pegang tangan suami anda.
• Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.
• Berguraulah dengan suami anda; adakan perspektif positif! (Ayah boleh senyum-senyum mengajak ibu berbual, namun apakan daya, ibu tidak mampu kerana kesakitan mengatasi segala-galanya.)
• Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).
• Dengar musik untuk membantu anda relaks. (Kebiasaannya jururawat akan mengajak kita berzikir sebagai penenang)
• Bergerak untuk membuatkan anda seselesa mungkin.
• Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar (anda boleh meminta pihak hospital menyediakan bantal atau anda boleh bawa bantal anda sendiri).
• Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya,berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.
• Berfikir secara positif: 'Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya'.
• Menyoallah tentang apa yang anda kurang faham; menjadi takut akan membuatkan kesakitan menjadi lebih teruk.
• Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.
• Hembus nafas secara perlahan dengan setiap nafas.
• Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!
• Fahami rawatan yang ditawarkan; jika anda faham, anda boleh bekerjasama dan memudahkan keadaan.
• Kerap pergi ke tandas; pundi kencing yang penuh akan melambatkan pelahiran anda.
• Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.
• Cuba tidur dalam masa antara kontraksi (Ini tidak mungkin)

Sumber: http://attuffahumairah.blogspot.com/2012/06/mengatasi-sakit-melahirkan.html?m=1

Hopefully sume berjalan lancar nanti..Malam2x dah tak boleh tido lena dah..Tak selesa 1 badan..Baby, cepat kuar ye..Ibu redha je ni..

Kedengaran plak bunyi mende pecah kat dapo..angin kuat sangat tadi..ok bye..Salam isnin semua..Salam Maulidur Rasul esok 😊



posted from Bloggeroid

Seems ramai kawan-kawan yang dah terkena buatan orang or yang dah ada anak tecik, leh la layan link kat bawah ni:

Http://www.shoppinhsales.com/2012/03/21-22-apr-2012-pureen-stock-clearance-sale

Thanks to Puan Bai for the info ;)

posted from Bloggeroid

Tak tau nak post apa sbnrnya..tapi, nak gak post something kat blog..haha..

Malas nak taip..layan je la gambo fiqah kat tesco..

1 sut baju dgn suar tu dispons oleh opah tepen..balik tepen haitu opah belikan..time seh opah...lain kan kalo opah dgn cucu berbanding dgn anak..kalo dgn anak, mcm rimau..kalo dgn cucu, lembik gigi...kekekeke...1 dunia kot atok ngan nenek camtu..nape ek? Lumrah alam...biarlah rahsia...hehehe..jangan mare opah..




posted from Bloggeroid

haish...dah nak berabuk blog den nih ha...dah 2 bulan menyepikan diri..hehe..sebuk jaga si debab tuh + malas nak update..almaklum la..den nih kan jenih pemalaih sket..wahaha..bila dah ada anak baru la nak rajin skeeettt...sket je la..:-P

haini patutnya dah mula keja pas hbs pantang..tp rupanya agensi den x setting lg den pny kontrek baru..huhu..satgi nak p jumpa depa la tgk kontrek baru mcm mana..mintak2x naik la gaji..huhu..dh ar keja ngan agensi nih xdak benefit lgsg..keja buta je..keja dh la non stop..bygkan la den dah sarat mengandung tgu hari jek lagi masih lg di assignkan pojek..sgt lah prihatin bos den nih..shhhh...jgn bgtau kat bos den plak..haha..satgi elok2 ada keja lgsg xdak..kui3x

si debab afiqah tuh wat sementara nih den mintak tlg opah tapah jaga dulu..seminggu sekali den ngan pak jeh lik jenguk...nak carik pengasuh kat keyel nih payah sket..lgpun budak tuh kecik lg..pastu byk ragam plak..riso plak nak anto kat pengasuh..tgu dia beso sket baru leh anto pengasuh..harap2 elok la dia dok ngan opah tuh..dh biasa bekepit jek ngan den tetiba mak dia xda..cian si debab tuh..huhu..tp nak wat came..itu yg terbaik utk dia..insyaAllah kalo ada rejeki dpt keja kat Perak, den lik perak la senang..doa2kan la ye..amin..

* skrg den paham mcm ne perasaan sorg ibu..anak jauh di mata...windunyerrr....huhuhuh...afiqah cayang..tgu ye ibu lik jumat nih..leh peluk2 lagi memalam..
Hai cik baby, bile lah anda nak kuar dari ruang yg gelap kat dlm perut nih..Ibu dah xsabo nak nengok rupa anak ibu nih..Perut pun udah ke depan bangat..Malam-malam tak bape leh nak tido..huhuhuhu..Hari-hari dok pujuk baby nih suh kuar..Dia syok sgt melepak dlm perut nih..haish..

Motif sebenar nak baby cpt kuar sebab xmo masuk pojek baru nih..Start minggu depan..Pojek skrg nih pun stress giler..huhuhu..Citer kat Pak Jeh pun dia bukannya paham pun tahap kestressan pojek nih..Hanya opizmate yg 1 pojek ni jek yg paham..Dorg pun dtg jek opiz dah muke puake..Ngadap plak muke makcik pilipon nih, lagik la xbley blah..haish

Org kata kalo nak dekat2x bersalin tuh rehat bebanyak..Kumpul tenaga..Aku nih terbalik plak...Punya lah baguih manager kat sini..Dah tgk aku sarat nak jalan pun payah lagik nak assign kat aku pojek..Aku tau lah aku nih pekeje terlampau rajin..Xmo amik cuti sblm bersalin..Kot ye pun, bagi ar aku rehat2x jek dalam masa 2 minggu nih..Tu lah namanya kampeni swasta, selagi leh perah tenaga, selagi tu lah perah habis2x..Tenkiu very much la my manager..Keja suh wat byk tapi bila tanya pasal convert to permanent, leh plak jawab depends on your performance. Poooodaah! Kaum ko cpt plak bg convert permanent..Ceh!

Erk, emo plak di pagi2x hari nih..wakaka..

Mari memujuk baby lagik..Baby syg, cpt la kuar ye nak..ibu xmo masuk pojek baru nih...waaaaaaaaaa



Ingatkan dah hujung2x pregnancy nih dah boleh rilek..Kunun2x brg baby sume dah beli..Masa tgh2x sebuk beli brg baby dolu dah pikir dah nak beli breast pump..Tapi risau jgk susu x keluar..Kang beli membazir plak xpakai..huhu

Ada sorg member nih nasihatkan den kena set mind siap2x dari pegnen lagik..Nak fully breastfeed..Org panggil exclusive bf..hohoho..Den riso takut xdapat nak full bf jek coz nanti kene naik keje pas coti dah payah nak bf..Tapi, smgt nak bf bertambah2x bila Pak Jeh bg ceramah pasal penyusuan ibu nih..haha..Dia dpt sesi kaunseling pasal penyusuan ibu nih dari Ustazah tpt dia keje..Lik keje tuh dlm kete, die plak bg kaunseling kat den..Sile lah bukak tlinga beso2x dgr sesi kaunseling Pak Jeh..wakaka

Maka, keje den 2 3 hari nih dok sebey breast pump lah..kang naik keje kang nak kene pump kat opiz kan..isk, part nih yg xbape nak best..Malu nyer..huhuhu..Tapi, smlm Pak Jeh ade belikan buku penyusuan ibu..Ade gak selit kat dlm buku tuh citer pasal Wardina..Dia ada citer serba sikit pengalaman die menyusu anak die..Dia ckp jgn malu n kene semangat kuat kalo nak fully bf nih..huhu..Akan kutanam semangat utk fully bf..Ameen..

Buku panduan penyusuan leh dapatkan kat sini. Murah jek..RM10 jek..Tapi byk info yang leh dptkan dalam buku tu..Ringkas jek pengisian dia..

Skrg nih tgh sebey2x mana2x breast pump yg harga leh tahan..den ingat nak pi jek HQ my moms little one tuh..kat Seri Kembangan je..Leh tgk ngan mata sendri mende tuh..hehe..Kepada Mom To Be, leh ar join adventure ngan den. Jum!
To anyone yang tgh mencarik2x barang baby, or yang nak servey2x leh la pi warehouse sale nih..Den lupo nak kabo mgu lepas pun ade gak..kat Midvaley..sowi..Sebab den xbape nak minat besesak2x ngan perut yang boroi nih, so mmg tak save la info yang den dapat dari member2x seangkatan ngan den..hohohoho

Tak per lah..yang dah lepas tak leh nak putar masa balik kan..So, minggu nih ada lagik 1 warehouse baby sale.. 20 - 23 Januari 2011.. kat Subang..Den pun xsure exactly location dia katne..Untuk keterangan lanjut, sile layari url nih:

http://www.shoppingnsales.com/2011/01/18/20-23-jan-2011-viva-hope-baby-warehouse-sale/

Ok..Till then..Happy shop-pink :-)
Tak tau nak buh tajuk per..sabtu malam famili pak jeh datang umah..biasalah..kalo dorg bertandang memang 1 kapal angkut..hehe..penuh ar umah den yang tak brapa nak luas sgt tuh..haha..den tak kesah pun..memang kerap gak dorg datang bertandang..dorg pun sempoi jek...jenis layan diri..sonang...tak banyak cite..

Dorg dtg sekali membawa bakul baby...comey gila..mak metua den jahit sendiri..bakul tuh adik bongsu pak jeh punya sebenarnya..tapi mak metua den masih lagik simpan..so, dia ckp leh guna lagik..tapi kena jahit lapik bantal baru lah..yang dulu punya dah bekepuk..hehe..apa2 je la...den terima ngan ati terbuka jek..mende dapat free...apa lagik nak bising kan..ngeh3x

Nih ha gambo nyer..comey kan? Mentang2 ler baby nak kuar nih baby gurl..Kaler pink lagik dia jahit..haha..siap ngan reben2 lagik..:-P

Layanz..

~ pandangan sisi ~ anda nampak kan reben yang kat penjuru tuh? haha

~ pandangan depan ~

Sabtu lepas den ngan pak jeh menjalankan operasi mencarik stroller lagik..haitu p sogo ada sale utk member card..tapi kitorg tgk xdo pun diskaun utk stroller tu..sebab kitorg dah sebey 2 3 hari sblm sale tuh..kitorg tgk ramai giler kapel yg bli stroller jenis yg kitorg nak tuh..sampai ada 1 kapel nih siap amik yang display tuh xlepas2 dah..haish..ganaz sungguh..dorg x tau yg sbnrnya rege tuh sama jek..xde diskaun..sian..pengguna tertipu dek kunun2nya sale..xpo lah..kecewa xdapek stroller tuh..sebab xde stok jurujual tu kata..kaler pink jek yg ada..kitorg xmo lah specific kaler pink even baby yang nak kuar nih baby gurl..kang second baby kang kuar boy dah xleh nak guna..huhuhu..(berpandangan jauh nih) haha..

Maka, kecewa ngan sogo, kitorg pi lah JJ Balakong..Trus menuju ke tempat baby..Tanya jurujual tuh, dia kata ada kaler biru..yey! akhirnya...dapat gak kaler biru tuh..setel..den pun dah penat nak carik2x nih..den bukan bekenan sgt soping2 nih..lain ar pak jeh..dia kalo bab soping2 nih suka sgt..terbalik plak kan? Slalu pompuan yg syok sgt soping..haha..Kebetulan plak haitu JJ ade bg voucher rm5 stiap pembelian rm100 ke atas..so, hari tuh kitorg dpt la voucher rm15 lagik sb bli stroller tuh..hehe..dah hbs bli stroller tuh, pi plak bahagian makan2x..carik ler ape2 yang bley dibeli utk sesi masak memasak kat umah nanti..

Dah hbs soping, kaki pun lenguh, badan pun sengal2x, maka lantas la menuju balik ke lubuk..haha..misi mencarik stroller dah setel..pasni misi mencarik nama anak xsetel2 lagik..haish..
Update terkini pasal baby dalam tummy nih.. :-)

Sekarang nih baby dah makin ganaz.. Petang semalam kat opiz, ntah apa yang dia buat ntah dalam tummy den nih..bergoncang2x perut den..Macam bersilat plaks dia kat dalam tuh..Agaknya sempit sangat kut..Nak luaskan kawasan sket..hehe..Memang dari 7 bulan lagi badan dah mula rasa lenguh2x..Pinggul dah mula rasa lenguh tambah2x kalo baru bangun tido, bangun dari kerusi, kuar dari kereta..Memang terasa gile sengal2x tulang peha ngan tulang belakang..Tapi, sume tuh ilang bila terasa si kecik nih bejoget kat dalam perut..Best gila..Patut la sume ibu2x bila dah deliver, nak pegnen lagik..Kalo ikutkan rasa penat nak kendong baby tuh memang penat..Tapi, rasa seronok baby tu joget2x dalam perut yang buatkan sume ibu2x nak pegnen lagik..Tul x? hehe

Hujung minggu lepas sempat gak rakamkan video baby den joget2x dalam tummy nih..Tapi, sebelum rakam tuh 2x dia wat kicking kuat..Xsempat nak rakam..Xpe lah..Mana2x sempat, den rakam jela..Saja nak wat kenang-kenangan..hehe..Sebab selalu kalo ayah dia pegang je perut, mesti baby tu xmo gerak..Dia takut ayah dia garang sgt kut..hehe..Jgn mara aaa pak jeh..:-P

Nih den aplod kan video baby joget2x..Xde lah aktif sgt time nih..Tp nasib baik gak la dia nak joget time den rakam tuh..Jenuh tul nak tunggu..huhuhu




~ baby joget ~

Kelmarin den sebey2 stroller..Ingat nak beli stroller coz kang senang nak bwk baby pi klinik ke ape ke..Pastuh nak ajo dia dari kecik biasa dok dalam stroller kalo nak pi mana2x coz kang senang..Xpayah nak dukung2x selalu..Kalo 2 3 4 bulan, ok lg kut nak dukung2x..Kalo dah bertambah keberatan dia, jenuh gak la nak kendong kan..hehe..Sebey pny sebey kat tenet, den pun jumpe ar 1 stroller nih..Cap Sweet Cherry..3 tayar..Pak Jeh pun suke stroller tuh..Dia kalo dah suka, x tengok yang lain dah..Nak yang tu jgk2x..Stroller tuh cun gak la..Rege pun ok la..sedang2x..RM279 sebijik.Maka, pas hbs keje trus kitorg bedesup peginye ke SOGO..Nak bli trus..Skali kecewa..Stroller yang kitorg nak tuh xde plak stok..huhuhu..Yang ado, kaler pink jek..Xmo ar bli kaler pink..Mende tuh nak pakai lama..Kang kalo kuar baby boy episod akan dtg, kan dah x leh nak reuse..huhuhu..Ni ha den tempek gambo stroller tuh..Jumpe kat website nih:http://www.sweetcherryonline.com


~ SCR1 Jogger ~

So, dah kecewa xdapek stroller, kitorg pun pi la mencekik nasik ayam kat sogo tuh..hehe..Esok lusa plak kut pi carik kat JJ.. :-)





salam..

emel kuterima dari ejen minggu lepas...walaupun jwpn yg diterima agak mengecewakan, tapi ada jugak berita gembira..pas aku bersalin nanti xde lah aku dapat status "penganggur". Aku leh trus bekerja seperti biasa...alhamdulillah...

gambo tuh xbape nak nmpk..aku tempek ayat die kat bwh nih:

Dear Noor Diana,

Sorry for the late reply.

We have discussed with Scope H.R manager, they are fine for 2 months maternity leave, you can take leave from Feb 2010 to 2 months, after that you can start work again.

For these 2 months, you won’t get any salary.

Thanks & Best Regards

Krish



pak jeh semakin sibuk membuat saving utk 2 bulan tu nanti...tmbh2 lagi baby nak kuar nih pakai byk duit...so, kami hidup secara bersederhana je lah..pregnency dress pun beli 1 2 helai je..mana2 baju kurung yg muat tuh, aku tibai jek..walaupun nmpk seksi sket...haha

1 hari tuh dah xde baju nak pakai p keje..baju lum basuh sebaldi..pastuh nampak baju ngandung mak bagi..aku pun streka lah..ingatkan ok dah..skali bila pas mandi nak pakai, xmuat...sangkut kat perut..huhuhu...then, bukak baju. bukak almari, tgk baju lama2..

pak jeh: nape tuh?
aku: baju xmuat..xde baju dah..
pak jeh: la..hbs tu, xde baju xpyh p keje lah..
aku: (wat muke xbest)

p bilik sebelah..seb bek nampak baju kurung xpyh streka..aku pun sarung je la..dah lewat sgt time tuh..kul 7:05am dah..slalu plg lewat kul 7 dah turun umah..huhuhu..(tetibe melalut pasal baju) isk3x..

berbalik pada topik asal, maybe Allah susahkan idup kami berdua skrg..tapi nak berikan kesenangan selepas baby nih lahir nanti...insyaAllah..

minggu nih nak p soping brg baby..xsabo rasanya..hehe..wlpun xtau jantina baby kitorg, bli je lah kaler biru or putih..senang..kang lame2 kang aku xlarat nak jalan dah...skrg pun dah semput2 mcm raksasa jalan..hehe

wassalam..
haish...dah 24 minggu dah kandunganku..bersamaan 6 bln..makin lama makin beso perut den nih..strech mark pun dah naik merata2...huhuhu..tringat membe den, kak yati pnh ckp perut dia mcm tembikai masa dia pegnen dulu...time tu den gelakkan die..skrg, time den plak dpt perut tembikai..wahaha

nape jadik stretch mark ni ek? mari menggugel..

Kulit Perut Pecah

Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan. Calar-calar pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan. Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak.

dicopy dari http://www.hamidarshat.com/zuriat-buku-138/133-gejala-hamil.html

ni lah gambo stretch mark..dah tentu lah ni bukan perut den..hehe..den amik dari gugel image..:-p

den sapu ngan baby oil jek..tapi mcm xde efek jek..huhuhu...haitu check up pun nurse suh p farmasi bli ubat sapu coz den pny tangan nih gatai sgt suke menggaru...huish, kalo dpt garu mmg sdp giler...nikmat tul..wakaka

korang nak rase tahap kesedapan menggaru stretch mark? silelah wat anak dulu..hehehe..jumpe lagi..

wassalam..:-)
Salam..

Entry kali nih pendek je cukup lah..

Rabu lepas g klinik kesihatan utk ujian upt..Resultnya, positif..6 minggu..so, den sah bakal jadik ibu..alhamdulillah..

Mcm2 pesanan penaja...haish..bdn pun rase xbape nak sedap..huhuhu..harap2 sume diriku tabah menghadapi dugaan and hopefully sume slamat..ameen..

Belum apa2 encik suami dh plan..

awak panggil ibu lah..saya panggil ayah..hehe

sekian..wassalam..