Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Tetibe nak post..Dah lama x post idea kan...

Aku mmg suka baca info-info merapu camni..Macam kena je research yg dorg wat..hehe

============AKU =================

Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah


==================LAKI AKU ====================

Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.



Hohoho...dua sifat yang berbeza..Jap..Nak google kalo anak tengah kawen anak sulung jadik apa..Dulu xsempat nak wat research.. Main kawen camtu je...wakaka

------------

Credit to http://www.silampuneon.com/2010/08/gersang-mencari-pasangan-hidup-tips.html

Falsafah orang tua tua 1
  • Anak sulung tak sesuai berkahwin dengan pasangan anak sulung. Alasannya, dua dua ada sifat yang sama macam manja dan keras kepala.
Falsafah orang tua tua 2
  • Anak bongsu kena elakkan mencari pasangan yang sama sama bongsu gak. Alasannya, dua dua bongsu ni sukar nak kawal situasi. Anak bongsu juga perlu elakkan berpasangan dengan anak tunggal. Konsepnya same, je dua dua sama sama manja dan perlukan perhatian
Falsafah orang tua tua 3
  • Anak sulung serasi dengan anak tunggal. Dengan syarat, anak sulung tak boleh begitu tegas orangnya sebab anak tunggal selalunya manja.
Falsafah orang tua tua 4

Anak tengah yang berpasangan dengan anak tengah dikatakan serasi, sepadan, merpati dua sejoli ! Pasangan ini saling melengkapi sebab salah seorang mesti cenderung macam anak sulung dan seorang lagi cenderung macan anak bongsu.

---------------

Hohoho...xde plak dalam senarai falasah org tua2x...haha..korg ado? :-P

~ Umah Tepen yang akan tinggal kenangan..huhuhu ~

Comments (5)

On November 10, 2011 at 7:39 AM , natni said...

salam dd
tomei nyer afiqah kt sebelah nihhh
wuwuwuwuuu

so hows ur work life
ehehehe~

 
On November 11, 2011 at 12:33 AM , diana abdullah said...

salam cik int,
hohoho..tomey lg mak die kut...kekeke
work camtu la..tensi...huhuhu...nak masuk satyam lik..kekkee

 
On November 11, 2011 at 4:28 PM , Lydia said...

haha.. serasi la sgt kan.. haha.. ko belum tgk gegar2 manja lg.. haha

 
On November 12, 2011 at 10:39 AM , diana said...

hehehhe...dah tu kata falsafah org tua2 kan...:-P

SERASI BERSAMA ~

 
On April 26, 2012 at 4:05 PM , MakAleefahIrfanAkeefah said...

i pon nk komen la..I pon tgh vs tgh ni...MMG serasi berdansa lah..eh..serasi bersama..SUNGGUH! hahaha..
manja2 gaduh2 huhuhu normal lah tu..hihu...
tp mmg misteri sungguh marriage ni ..